Setelah sehari berlalu baru ada kekuatan untuk menulis sedikit tentang pemergian seorang permata dalam dunia lawak tanah air Abam Bocey, atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan.
Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang tidur dan Isterinya hanya mengatahui tentang pemergian beliau ketika hendak membangunkan Suaminya untuk Solat Subuh.
Media hari ini sudah banyak menceritakan apa yang berlaku, sememangnya pemergian Abam sangat dirasai. Bukan sahaja kaum keluarga dan sahabat terdekat, malah para peminat turut berduka akan berita ini.
View this post on InstagramA post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on
Arwah pun sudah selamat dikebumikan selepas Solat Asar semalam dan begitu ramai sekali jemaah hadir untuk memberi penghormata terakhir serta mendoakan beliau. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan dan pemergian beliau amat dicemburui.
Amalan apakah yang beliau lakukan sehingga begini mulia darjat beliau diangkat pada hujung hayatnya. Selepas berita pemergiannya tersebar kita dapat lihat seorang demi seorang muncul menceritakan kisah tentang kebaikkan Arwah.
Masyaallah, sungguh mulia hati Arwah dan pengorbanan Arwah boleh menjadi inspirasi kepada semua. Disini kita boleh lihat sedikit ucapan takziah, Doa serta penghormatan terakhir dari keluarga dan rakan Arwah.
Ibu Arwah
Ibunya sudah pasti antara insan paling berduka atas pemergian anak keduanya itu. Seperti semua sedia maklum Arwah sangat akrab dengan Ibunya dan Arwah sangat bertanggungjawab dalam segala hal berkaitan Ibu serta keluarganya.
Dari hidup susah hingga memiliki kesenangan, Arwah tidak pernah sama sekali mengetepikan Ibunya. Dalam satu Rancangan Di Balik Tawa, Arwah banyak bercerita tentang duka beliau bersama ibunya ketika mereka masih susah.
Ketika Arwah menceritakan tentang kisah kehidupan lalunya, beliau jelas sedih dan tidak mampu menahan emosinya. Tidak tahu bagaimana perasaan Ibunya kini namun didoakan agar Ibunya terus kuat mengharungi liku kehidupan mendatang tanpa Anak kesayangannya disisi.
Ibunya pasti berbangga Abam pergi dengan tenang dan Abam sudah melakukan yang terbaik untuk keluarga. “Abam anak yang baik” kata ibunya. Jelas restu dan doa ibu selalu mengiringi Arwah. Semoga syurga buatmu Abam kerana telah membahagiakan Ibumu.
Ali Putih
Ali antara orang terawal mengatahui berita ini kerana beliau orang pertama dihubungi oleh Isteri Arwah ketika menyangka Arwah cuma pengsan. Ali antara orang penting yang membawa Arwah masuk ke industri seni tanah air.
Ali yang baru kehilangan Anakanda tercintanya kini berduka lagi apabila kehilangan Abangnya pula. Semoga Ali terus kuat untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Arwah.
https://www.instagram.com/p/B8ZFdk6lHkd/?igshid=10a275ej0u1fq
Ali bertekad akan memikul tanggungjawab yang ditinggal oleh Arwah Abangnya. Semoga Ali tabah mengharungi semua dugaan ini.
Fad Dan Achey
Sahabat karib arwah,Adik beradik, teman sejati. Mereka bertiga sangat akrab dan sejak mereka bersama dibentuk menjadi kumpulan pelawak Bocey mereka senantiasa menghibur kita dengan lawak mereka.
Fad pada hari kejadian semalam tiada di Malaysia kerana sedang bercuti di Jepun bersama keluarganya. Beliau tidak mampu menahan kesedihan apabila mendapat perkhabaran duka tentang pemergian Abam.
Achey pula berada disini dan bersama keluarga Arwah mengurus Jenazah hingga dikebumikan. Jelas Achey tidak mampu menahan kesedihan dengan apa yang berlaku secara mendadak ini.
Menurut Achey beliau dan Fad bersetuju untuk menyambung apa sahaja tugas Arwah yang masih belum selesai dan mereka akan selesaikan tanpa meminta bayaran.
View this post on InstagramA post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on
Achey juga mengatakan bahawa beliau dan Fad akan meneruskan aktiviti Bocey yang telah mereka bertiga rancang dan mereka akan bantu untuk meringankan tanggungan Balu serta Anak Arwah.
Mulia sungguh hati dua sahabat Arwah yang masih mahu menanggung Balu kepada Arwah rakan mereka serta Ibu Arwah rakan mereka.
Semoga segala usaha dan kerja keras mereka diredhai Allah dan segala urusan mereka dipermudahkan.
Afdlin Shauki
Ini adalah sifu kepada Arwah dan Fad. Afdlin adalah individu yang bertanggungjawab dalam pembentukkan kumpulan Bocey ini. Afdlin sangat sedih dengan berita pemergian Abam.
View this post on InstagramA post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on
Ustd Ebit Lew
Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew turut berkongsi pengalaman beliau menemubual Allahyarham dalam satu rancangan temubual tidak lama dulu.
“Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Sahabat yang baik. Walau beberapa kali berjumpa. Kami selalu bermesej. Abam nak ikut pergi tepi jalan berdakwah dan bagi orang makan.
“Katanya saya sayang ustaz teruskan dakwah yer ustaz dengan kasih sayang. Semua orang rindukannya,”
Tulis Ustaz Ebit Lew di Instagram miliknya.
Tulis Ustaz Ebit, dia turut bertanya Abam tentang rahsia rezekinya yang sentiasa melimpah ruah.
“Saya tanya apa rahsia rezeki melimpah ruah. Sedih dengar betapa sayangnya pada ibunya. Asyik menangis masa balik tabir bersama ibunya dan isterinya masa tu.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
“Abam cari rezeki kuat bantu mak dan adik. Sponsor adik kahwin. Semua dah kahwin baru abam kahwin. Betapa susah mak menjaga masa kecil. Dia sebak masa sebut semua tu. Ya Allah.
P.U Amin
Arwah orangnya sangat suka mengikuti program-program dakwah. Kerana itu pemergian beliau bukan hanya membuat industri lawak menjadi suram bahkan golongan Ustad juga terasa kehilangan beliau.
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
Pendakwah bebas itu mengucapkan takziah kepada keluarga serta mendoakan kesejahteraan untuk Arwah.
Menurut PU Amin, Arwah adalah seorang teman yang baik dan suka membantu orang kerana itulah rezkinya murah dan dihari terakhir beliau begitu ramai orang mendoakan yang terbaik untuk beliau.
Fasha Sandha
Selain berbakat dalam melawak, Arwah juga seorang yang sangat berbakat dalam dunia masakan. Arwah memang pandai memasak dan hal itu diakui oleh sahabat Arwah Fad dan Achey sendiri.
View this post on InstagramA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Fasha antara yang terkesan dengan pemergian Arwah. Menurut Fasha beliau pernah meminta Arwah untuk memasak Mee yang Fasha teringin untuk makan dan Abam tanpa banyak soal terus bersetuju untuk memasakkannya.
Ini antara sedikit yang dapat dikongsikan tentang ucapan serta penghormatan terakhir dari keluarga dan kawan-kawan terdekat Arwah.
Sikasih lagu terakhir nyanyian Arwah untuk semua peminat. Tidak tahu mengapa pemergian Abam sangat dirasai dan kita pasti merindui beliau. Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat dan Arwah akan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
View this post on InstagramA post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on
Industri lawak yang penuh gelak tawa bertukar menjadi duka dan penuh tangisan merindui seorang insan yang sangat mulia hatinya. Selamat kembali ke Negara Abadi Abam.