Silva Mahu Pulang Ke Valencia, Tak Jadi Ke AS

David Silva sebelum ini dilaporkan bakal menamatkan kariernya di AS dengan menyertai Inter Miami.

Selain daripada Inter Miami, pasukan gergasi Itali, Juventus juga berminat dengan beliau.

Tetapi laporan terbaru dari England menyebut bahawa pemain itu mahu kembali semula ke kelab lamanya Valencia.

Wakil beliau dilaporkan sudah bercakap dengan pihak Valencia. Namun ianya sebelum ini tidak didedahkan.

Ejen beliau ketika ini masih berunding dengan Valencia namun rundingan ini akan sukar kerana krisis kesihatan yang melanda Sepanyol.

David Silva mungkin tidak akan mendapat tawaran setinggi yang beliau dapat sebelum ini.

Namun pemain itu dijangka tiada masalah untuk menerima pengurangan pada tawaran ini daripada yang sebelumnya.

David Silva berharap akan dapat memeterai perjanjian tiga tahun dengan pasukan Valencia.

Selain daripada itu, Manchester City masih berharap pemain itu akan terus kekal bersama dengan mereka, sekurang-kurangnya untuk semusim lagi.

Buat masa ini, City sudah berjaya memujuk pemain itu untuk terus kekal beberapa bulan lagi selepas kontrak beliau tamat pada Jun.

Ini kerana musim ini akan tamat lebih lewat daripada sepatutnya.

David Silva merupakan antara pemain import terbaik yang pernah mewarnai Liga Perdana Inggeris.

Beliau menjadi nadi penting dalam era revolusi Manchester City. Beliau berharap dapat menamatkan musim ini dengan membantu City menjuarai Liga Juara Juara Eropah.

David Silva pemain yang kreatif dan team player yang sangat baik di atas padang.

Beliau sudah memberitahu peminatnya bahawa beliau kini dalam proses untuk bersedia bagi persaraan.

Namun beliau masih yakin, dapat bermain di peringkat tertinggi dalam 3 tahun lagi.

Silva mahu menjadi pengurus apabila sudah bersara kelak.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di