Atlético Madrid membuat satu tindakan pelik apabila terang terang menyatakan bahawa mereka tak mahukan pemain yang mereka pinjamkan ke kelab lain untuk kembali.
Diego Simeone malah dikatakan sudah mengira Saul dan Morata sebagai pemain Chelsea dan Juventus. Kedua dua pemain tersebut sudah diberitahu bahawa mereka tidak ada tempat dalam pasukan Atletico Madrid lagi.
Saul Niguez sebelum ini dilaporkan menyertai Chelsea hanya kerana kelab itu bermurah hati cuba membantu ejen beliau yang terdesak mencari kelab baru untuk Saul.
Namun Saul tidak pernah sesekali berada dalam senarai dikehendaki Tuchel. Tuchel malah mahu mengembalikan pemain itu pada Januari ini.
Berbeza dengan Morata, Juventus sedia membeli pemain itu secara tetap namun meminta harga beli yang lebih rendah.
Juventus membayar €10 semusim untuk Morata bagi perjanjian pinjaman 2 musim. Dan perlu membayar €35 juta pada akhir musim ini untuk perjanjian tetap.
Untuk Saul, Chelsea membayar sekitar €5 juta untuk pemain itu bagi tempoh pinjaman dan perlu membayar €40 juta untuk perpindahan tetap.
Atletico sudah menjangkakan angka €75 juta akan diterima mereka selepas ini daripada dua pemain tersebut.
Simeone sebenarnya dikatakan sudah makan hati dengan dua pemain itu. Morata sebelum ini merengek mahu balik ke Juventus, sedangkan Simeone masih berharap pemain itu cuba bangkit semula di Atletico walaupun dia beraksi hambar pada musim pertamanya.
Atletico rugi banyak kerana Morata sebelum ini. Terpaksa membayar Chelsea €5 juta untuk pinjaman dan kemudian €55 juta untuk perpindahan tetap. Simeone sanggup meminta kelab membayar angka itu walaupun Morata tidak mencapai KPI yang mereka harapkan.
Namun pemain itu mengejutkan Simeone apabila menyatakan dia tertekan secara mental dan berharap dapat kembali semula ke Juventus. Tempat yang disukai dia dan isterinya. Sedangkan Morata diberikan minit yang sangat banyak di Atletico.
Seterusnya, Saul Niguez pula, sudah beberapa kali meletakkan Simeone sebagai ‘tawanannya’ kerana tidak mahu melanjutkan kontrak. Sehinggalah pada jendela perpindahan yang lalu, Saul mendesak Simeone melepaskannya. Dan pengurus itu setuju.
Saul awalnya mahu digunakan sebagai pertukaran dengan Griezmann dari Barcelona. Namun rundingan itu gagal kerana ada konflik pada rundingan dengan Griezmann dari segi gaji.
Namun selepas itu Griezmann setuju ke Atletico dan Saul pula diintai kelab kelab di England. Man United dan Liverpool adalah dua kelab yang hangat dikaitkan dengan pemain itu. Namun tiba tiba dia menyertai Chelsea.
Beberapa hari lalu, laporan dari UK menyatakan bahawa Saul tidak pernah ada dalam senarai Tuchel.
Atletico sudah memberikan amaran kepada Chelsea dan Juventus bahawa mereka tidak akan menerima pemain pemain mereka pulang awal pada Januari ini. Kerana kekangan bil gaji yang tinggi yang boleh menjejaskan mereka dari segi FFP dan dilarang bertanding dalam UCL pada musim akan datang.
It looks like Simeone doesn't want Saul & Morata in his team ever again
Both of them will be returned back to us by the loanee clubs in summer
But their permanent sale to some other club seems more likely pic.twitter.com/Wy2x82ZrHz
— ᴀᴛʟᴇᴛɪᴄᴀɴ 🇲🇨 (@Atletican1) November 10, 2021
Kemasukan Griezmann membuatkan bil gaji di Atletico melonjak naik. Musim ini pembayaran gaji Griezmann dikongsi antara Atleti dan Barca. Namun selepas Atletico membeli pemain itu secara tetap kelak, mereka akan menanggung gaji sangat tinggi. Di Barca Griezmann menerima €800k seminggu. Jadi, Atletico cuba memujuk pemain itu menerima pengurangan gaji yang sangat drastik.
Seterusnya FIFA juga pasti akan campur tangan, jika Atletico cuba meletakkan dua pemain itu di dalam pasukan B kelab mereka.
Simeone sudah memberitahu Saul bahawa pemain itu tiada pilihan, kecuali cuba meyakinkan Tuchel bahawa dia pemain yang bagus dan terus kekal di Chelsea.
Situasi Morata lebih baik daripada Saul. Di mana Atletico hanya perlu setuju menerima bayaran bawah €35 juta. Dengan sekarang ini, Simeone memang mahu menjual pemain itu.