Simeone Bingung Atletico Tiba Tiba Tak ‘Reti’ Bertahan Selepas 10 Tahun Melakukannya

Diego Simeone menerima kenyataan bahawa Atletico Madrid selayaknya kalah 4 gol di tangan Barcelona. Tak lebih, tak kurang.

Simeone kemudian mengakui pasukannya sekarang ini ada masalah dengan pertahanan. Sedangkan selama 10 tahun mereka dikenali dengan pasukan yang bermain dengan sistem pertahanan ampuh dalam padang.

Kini, dari kalangan 10 teratas, selepas 22 perlawanan, Atletico merupakan pasukan yang paling banyak bolos dengan 30 bolos. Ini adalah kali ketiga Atletico Madrid bolos 3 atau lebih dalam La Liga, di bawah kendalian Simeone. Kali terakhir mereka bolos 4 kali adalah pada 2012, ketika kalah 1-4 di tangan Barca.

Simeone memberikan ulasannya selepas tamat perlawanan. Ternyata dia sendiri pun hampir hilang kata kata tentang isu bolos tersebut.

El Cholo berkata: “Kami telah bertahan dengan baik selama 10 tahun tetapi tahun ini kami perlu lebih baik. Kami tidak mempunyai tumpuan yang diperlukan pada aksi bertahan,” katanya.

“Kami tidak banyak menukar pemain, kecuali Kieran Trippier, yang pergi. Mereka bermain dengan pemain yang sama yang tahun lepas memberi respons pada tahap yang tinggi.”

“Jose Maria Gimenez dan Stefan Savic telah terlepas beberapa perlawanan tetapi kali ini mereka bermain dan kami dibolosi empat perlawanan.”

“Yang penting adalah berusaha, cuba perbaiki dan hadapi minggu ini dengan rendah hati dan tolak sehingga ke penghujung.”

Yannick Carrasco memberikan Atletico pendahuluan awal, tetapi sepakan voli Jordi Alba, tandukan Gavi dan gol Ronald Araujo meletakkan Barca mengawal pada separuh masa sepenuhnya.

Dani Alves menjaringkan gol keempat sebelum dibuang padang, dengan Luis Suarez menarik mencetak satu lagi gol saguhati menentang bekas kelabnya.

“Saya melihat permainan dari segi situasi menjaringkan gol,” kata Simeone.

“Pada separuh masa pertama, Barca mempunyai empat peluang dan menjaringkan tiga gol daripada 4 peluang itu, Atletico mempunyai empat peluang dan menjaringkan hanya satu gol.”

“Kekuatan pasukan menjamin segalanya. Kekuatan Barca yang menang akhirnya.”

“Kami bermula dengan baik, mengawal penguasaan dan mencipta ruang untuk penyerang, yang mempunyai peluang. Tetapi pada fasa hilang penguasaan dan serangan balas, pasukan terkuat menang.”

“Pada separuh masa kedua kami menjadi lebih agresif dan sengit. Pada kedudukan 4-2 ada perasaan dalam diri kami bahawa boleh bersaing semula dalam permainan, tetapi Barca bertahan di blok rendah dan kami mempunyai lebih sedikit peluang.”

Tamparan lebih hebat kepada pasukan, kerana pemain baru Daniel Wass disahkan cedera lutut kanannya selepas perlawanan dan akan menjalani ujian lanjut.

“Masih banyak perlawanan lagi dan musim masih panjang, dan kami akan bertarung. Kami bimbang kerana melepaskan begitu banyak gol, ada banyak daripadanya.”

“Kini kami hanya boleh bekerja dan teruskan fokus.” kata beliau kepada Movistar Plus.

“Kami menunggu di bahagian belakang untuk mula bermain. Saya tidak tahu sama ada ia isu mental, tetapi kami perlu mengubahnya jika kami mahu berada dalam Liga Juara-Juara Eropah pada tahun depan.”

“Kadang-kadang anda bekerja dan perkara tidak berjaya. Kita perlu teruskan.”

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang