Simeone Tembak Koeman Yang Kuat Beralasan: “Team Kami Pun Tak Ada Messi”

Diego Simeone menyatakan dia sudah bosan mendengar alasan Barcelona tidak menunjukkan prestasi baik kerana ketiadaan Messi.

Lionel Messi menyertai PSG musim ini selepas Barcelona bergelut dengan hutang serta akaun FFP.

Menurut Simeone, walaupun tanpa Lionel Messi, Barcelona masih memiliki barisan pemain lain yang berbakat.

Lebih pedas lagi, Simeone menyindir Barcelona bahawa selama ini pasukan seperti Atletico pun tak pernah ada Messi dalam pasukan mereka. Tetap juga Atletico mampu juara La Liga memecahkan dominasi Real Madrid dan Barcelona.

Simeone tidak dapat menerima kenyataan dikeluarkan oleh Koeman bahawa mereka kalah kepada Atletico sebab menggunakan pemain pemain muda.

Koeman berkata: “Kami menurunkan dua pemain 18 tahun di tengan dan pemain berusia 20 tahun di pertahanan. Kamu harus ingat dari mana skuad kami ini.”

Barcelona sebelum ini kalah 2-0 di tangan Atletico. Tetapi menurut Simeone, pengurus lain pun ramai je tak ada bintang besar seperti Messi. Tetap juga mereka mampu menguruskan pasukan mereka dengan baik.

Jadi, bukanlah satu alasan yang munasabah untuk menyatakan ketiadaan Messi sebagai punca kenapa Barcelona tidak dapat bersaing kejuaraan.

Simeone berkata: “Barcelona tak ada Messi? Lihatlah pasukan mereka. Barca tetap ada Sergi Roberto, Sergino Dest, Gerard Pique, Clement Lenglet, Ronald Araujo, Jordi Alba, Alejandro Balde yang baru berusia 17 tahun. Pedri, Gavi – korang tengok yang game budak tu masa lawan Itali? Dembele, Agüero, Ansu, De Jong, Memphis, Coutinho… dan kamu katakan bahawa mereka kehilangan Messi?”

“Kami pun tak pernah ada Messi dalam pasukan kami, tidakkk.. jangan jadikan itu alasan.”

Seterusnya Simeone merasakan bahawa Samuel Umtiti dan Clement Lenglet adalah dua pemain yang sangat bagus, cuma masih tercari cari rentak.

“Samuel Umtiti bek tengah yang sangat mantap yang ketika ini cuma bergelut sikit. Sama juga dengan Lenglet. Dia pemain yang sangat penting di bek tengah.”

“Lihatlah betapa bagusnya Lenglet sebelum ini, membantu pasukan memenangi beberapa piala. Ayuhlahhh, takkan nak petik ‘tiada Messi’ gak?”

Ditanya sama ada Simeone pernah berminat mahu mendapatkan Messi? Pengurus Argentina itu menyatakan memang dia cuba untuk memantau situasi Messi dan cuba menggunakan Suarez sebagai umpan.

Malangnya, Atletico tidak mampu menyaingi pakej bonanza ditawarkan PSG kepada Messi.

Baca yang lain