Simulasi EA Ramalkan Argentina Juara Piala Dunia 2022, Messi Tapau Kasut Emas

Mod Piala Dunia EA untuk permainan FIFA 23 telah dikeluarkan pada hari Rabu, 9 November. Dan ianya mod yang ditunggu tunggu oleh peminat permainan video bola sepak tersebut.

Selain itu, EA turut mengeluarkan keputusan daripada kejohanan simulasi Piala Dunia 2022, dan ia adalah berita buruk untuk peminat England.

Sebagai rekod, simulasi EA sebelum ini telah meramalkan dengan cukup tepat tiga pemenang terakhir dengan betul!

Di mana sejak 2010, simulasi EA telah meramalkan dengan tepat juara dunia.

Jika ramalan kali ini tepat, nampaknya, England akan melanjutkan lagi penantian mereka.

Walaupun berbangga dengan skuad yang dipenuhi bintang muda dan bintang bintang EPL mereka, EA telah meramalkan bahawa England akan tersingkir lebih awal di Qatar.

Walaupun England berjaya mara dalam kumpulan, mereka tidak melakukannya sebagai pemenang kumpulan. Ianya telah membawa mereka kepada perlawanan yang lebih sukar dalam 16 Terakhir.

Simulasi itu juga menyatakan bahawa, Amerika Syarikat mengungguli Kumpulan B, dan England dibiarkan bergantung pada gol lewat Jude Bellingham untuk menyelamatkan satu mata ketika menentang Wales.

Anak buah Gareth Southgate kemudiannya disingkirkan pada pusingan seterusnya apabila mereka tumbang 3-1 kepada Belanda, manakala AS menewaskan Senegal untuk mara ke Suku Akhir.

Salah satu perkara penting yang dibincangkan daripada simulasi itu ialah Argentina menjulang Piala Dunia, dan ianya dipacu oleh kecemerlangan Lionel Messi.

Messi cemerlang membantu Argentina menewaskan Belanda di peringkat suku akhir dengan kemenangan 1-0. Messi menjadi penjaring gol kemenangan.

Messi kemudian membantu Argentina menang 1-0 ke atsa Perancis di peringkat separuh akhir.

Maka, aksi final menemukan 2 jaguh Amerika Selatan. Di mana Argentina menentang Brazil pada aksi final.

Brazil menewaskan Portugal yang diketuai oleh Cristiano Ronaldo ketika di atas padang. Brazil menang menerusi penentuan penalti.

Pada aksi final, Messi menjaringkan gol tunggal dan membantu Argentina menjulang Piala Dunia dengan status penjaring terbanyak yang menjadikannya pemenang kasut emas Piala Dunia 2022.

Berdasarkan ramalan simulasi EA ini, nampaknya tahun 2022 adalah tahun Messi. Berikut adalah peta laluan pasukan Piala Dunia 2022, untuk pusingan kalah mati berdasarkan simulasi EA.

Baca yang lain