Baru baru ini pemain senior Juventus dan Itali, Giorgio Chiellini telah menyerang Mario Balotelli dan Felipe Melo dalam bukunya.
Menurut Chiellini, dalam kariernya ada dua orang pemain yang dikategorikannya sebagai manusia negatif iaitu Mario Balotelli dan Felipe Melo.
Chiellini telah mengutuk tanpa belas Balotteli dab Felipe Melo secara terbuka. Malah Chiellini menganggap Balotelli layak mendapatkan penampar ketika Piala Konfederasi pada tahun 2013.
Namun lebih teruk adalah Felipe Melo yang dianggap Chiellini paling teruk di kalangan yang paling teruk.
Chiellini melabel Felipe Melo sebagai kaki gaduh dan sentiasa menimbulkan kekecohan.
Chiellini: Balotelli is negative person; Felipe Melo really the worst of worst https://t.co/si71lst2ZL
— 9Sport (@9Sport1) May 9, 2020
Bintang Brescia, Mario Balotelli telah membalas balik kecaman itu menerusi media sosialnya. Balotelli berkata:
“Sekurang kurangnya saya berani bercakap dengan kamu depan depan,” tegas Balotelli sambil tag nama Chiellini.
“Sejak 2013, kamu ada masa yang banyak untuk bertindak lebih sebagai lelaki. Namun kamu tak nak melakukannya.”
“Siapa yang akan menyangka bahawa suatu hari nanti kamu akan bercerita keburukan tentang rakan sepasukan sendiri.”
“Kapten yang pelik. Jika ini yang diperlukan untuk menjadi seorang juara, maka saya memilih, tak perlu jadi juara pun tak apa.”
“Saya tak pernah menghina jersi Azzurri.”
Felipe Melo juga pelik dengan komen Chiellini.
“Saya tak pernah biadap dengan sesiapa di Turin [Juve], namun dia kata Balotelli berhak makan penampar. Dan dia kata saya paling teruk di kalangan mereka yang paling teruk.”
“Dia tuduh ada sahaja pergaduhan dicetuskan oleh saya.”
“Saya minta maaf, tetapi, senang nak bercakap buruk tentang orang lain di dalam buku.”
“Mungkin dia masih marah kepada saya pergi ke Galatasaray yang menyingkirkan mereka dari Liga Juara Juara Eropah. Dan saya dengan rakan rakan menewaskan Itali bersama Brazil.”
“Dia tak menang apa apa di peringkat antarabangsa. Dan bercakap perkara seperti ini menunjukkan betapa tidak profesionalnya dia.”
“Itu menunjukkan dia tak tahu hormati orang lain. Dan saya tak akan cakap lebih.”
“Ada perkara kamu kena cakap di bilik persalinan dan habis di situ.”
Fabio Capello tampil memberikan komen beliau tentang perkara itu dan menyindir tindakan Chiellini yang mengeluarkan buku autobiografi dengan menggunakannya menyerang rakan sepasukan.
Capello risponde a Chiellini: "Il calcio si gioca e non si racconta": In una lunga intervista al Corriere dello Sport, l'ex allenatore Fabio Capello ha detto la sua sulle discussioni tra Chiellini e il duo Balotelli-Felipe Melo. https://t.co/W37UTRkTih pic.twitter.com/OsIy9HJTNO
— sportlive (@sportli26181512) May 11, 2020
Capello, yang mengetahui hal itu, jelas agak kecewa dan marah dengan tindakan Chiellini. Bekas pengurus Juventus, AS Roma, Real Madrid, dan AC Milan itu memberitahu bahawa bola sepak itu sepatutnya dimainkan bukannya untuk diceritakan.
Capello menganggap tindakan Chiellini itu seolah olah kerana mahukan wang dengan cara tidak sepatutnya dilakukan pemain bola sepak.
“Saya tidak suka membaca beberapa hal. Bagi saya, bola sepak itu harus dimainkan, tidak diceritakan,” kata Capello kepada Corriere dello Sport.
Capello juga mengaku sempat diminta seseorang membuat autobiografi dan ditawarkan dengan jumlah wang yang besar.
“Berkali-kali saya diminta untuk menulis buku ketika berada di England. Saya juga ditawarkan jumlah wang yang besar. Tetapi jawapan saya sentiasa tidak.”