Sineenat Wongvajirapakdi Dilantik Semula Menjadi Gundik Raja Thai Selepas Dipecat Hampir Setahun Lalu

Raja Thailand mengembalikan gelaran kehormatan kepada gundiknya, Sineenat Wongvajirapakdi, hampir setahun setelah gelarannya dilucutkan penuh kontroversi.

Raja Vajiralongkorn mengembalikan kedudukan dan gelaran Sineenat Wongvajirapakdi Rabu lalu.

Sineenat disingkirkan dari posisi gundik raja pada Oktober 2019, hanya beberapa bulan setelah dia diberi gelaran kehormatan itu.

Raja Thailand Maha Vajiralongkorn tiba-tiba membuang semua gelaran rasmi untuk gundik Sineenat Wongvajirapakdi.

Pada bulan Julai tahun lalu, Sineenat Wongvajirapakdi dijadikan “gundik rasmi”, tetapi istana mengatakan dia disabitkan kesalahan cuba berlagak setaraf dengan “pangkat ratu permaisuri.”

Pengumuman tahun lalu juga menuduhnya “kesalahan dan tidak setia terhadap raja”.

Sejarah negara Thailand

Sineenat mencipta sejarah sebelum ini apabila dilantik menjadi gundik rasmi raja pertama selepas seabad. Gundik gundik yang lain hanyalah gundik dan tidak mendapat penghormatan dan layanan istimewa seperti gundik rasmi.

Raja-raja Thailand mempunyai ramai isteri – atau gundik, selama berabad-abad. Tetapi kali terakhir seorang raja Thailand melantik gundik rasmi adalah pada tahun 1920-an dan gelaran tersebut tidak digunakan sejak negara itu menjadi raja berperlembagaan pada tahun 1932.

Undang-undang lese-majeste (bersalah kepada raja) di Thailand melarang sebarang kritikan terhadap monarki, dengan hukuman penjara yang berat bagi mereka yang melanggarnya.

Sineenat dianugerahkan gelaran itu pada bulan Julai, menjadikannya teman rasmi raja tidak lama setelah Raja Maha Vajiralongkorn menikahi isteri keempatnya, Ratu Suthida.

Pada bulan Julai lalu, Sineenat berlutut di hadapan raja ketika dia diberi gelaran gundik raja yang rasmi.

Hanya beberapa bulan kemudian, pada bulan Oktober, Sineenat tiba-tiba dilucutkan dari pangkat dan gelarannya, mencetuskan banyak spekulasi di sebalik pelucutan jawatan itu.

Sineenat turut serta dalam upacara pengebumian Raja Bhumibol Adulyadej. Namun dia tetap hilang jawatan.

Dari segi sejarah, poligami dan gundik digunakan oleh raja Thailand untuk memastikan sokongan keluarga yang kuat di berbagai wilayah kerajaan besar.

Selama berabad-abad raja mempunyai banyak isteri – atau gundik. Kali terakhir raja Thailand melantik gundik rasmi adalah pada tahun 1920-an dan gelaran tersebut tidak digunakan sejak negara itu menjadi raja berperlembagaan pada tahun 1932.

Siapakah Sineenat?

Tidak begitu banyak maklumat rasmi tentang wanita berusia 35 tahun ini. Kerana penulis portal di Thailand sangat berhati hati dalam menulis tentang Sineenat.

Dia diahirkan pada tahun 1985, dia berasal dari utara Thailand dan pertama kali bekerja sebagai jururawat.

Setelah berhubung dengan Vajiralongkorn, yang ketika itu menjadi putera mahkota, Sineenat menjadi sebahagian daripada tentera dan petugas keselamatan kerajaan / bodyguard raja.

Sineenat menjadi pengawal peribadi, juruterbang, penerjun payung dan bergabung dengan pengawal kerajaan yang lain.

Awal tahun ini, dia dilantik sebagai jeneral yang terutama. Berbagai gelaran kehormat diberikan oleh kerajaan dan dia menjadi Royal Concubine pertama dalam hampir satu abad pada bulan Julai.

Tidak lama kemudian, dia terlihat berposing dalam jet tempur ketika istana mengeluarkan serangkaian fotonya beraksi bersama dengan biografi rasminya. Kini gambar tersebut telah dikeluarkan dari laman web rasmi.

Lese-mejeste oleh Sineenat

Sineenat tidak lagi memiliki pangkat dan gelaran kerana “kelakuan tidak baik dan tidak setia kepada monarki,” kata pengumuman rasmi terperinci yang diterbitkan oleh mahkamah kerajaan pada bulan Oktober 2019.

Dikatakan dia “bercita-cita tinggi” dan berusaha untuk “mengangkat dirinya ke tahap permaisuri.”

“Kelakuan seorang gundik kerajaan dianggap tidak sopan,” menunjukkan “ketidaktaatan kepada raja dan permaisuri “dan menyalahgunakan kuasanya dengan mengeluarkan perintah bagi pihak raja.

Raja Thailand marah kerana “dia tidak menunjukkan rasa terima kasih atas gelaran yang diberikan kepadanya, selain tidak bersikap sesuai dengan statusnya”.

Ramai yang menyatakan bahawa masa depan Sineenat sudah berakhir dan dia bakal menderita selamanya selepas dilucutkan daripada jawatan itu.

Namun sebaliknya yang berlaku, ternyata raja Thailand benar benar menganggap Sineenat sebagai wanita istimewa dan diberikan peluang kedua.

Malah ketika dia dipecat, raja Thailand langsung tidak mengeluarkan kata kata yang kasar kepada umum berkaitan dengan Sineenat.

Pada tahun 1996, Raja  Vajiralongkorn memutuskan hubungannya dengan isteri keduanya, Sujarinee Vivacharawongse – yang telah melarikan diri ke AS – dan tidak mengenali empat orang puteranya.

Pada tahun 2014, isteri ketiganya, Srirasmi Suwadee – yang tidak diketahui di mana dia sekarang – kehilangan semua gelaran dan dibuang dari istana ketika ibu bapanya ditangkap dan dipenjarakan kerana lese-majeste. Anaknya, yang kini berusia 14 tahun, dibesarkan oleh raja.

Isteri-isterinya sebelumnya tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai keadaan mereka.

Sejak naik takhta, Raja Vajiralongkorn telah menggunakan kuasanya dengan cara yang lebih langsung daripada ayahnya.

Awal tahun lalu, dua kumpulan ketenteraan terpenting di ibu kota Bangkok ditempatkan di bawah pimpinannya, memperlihatkan pusat kekuatan tentera di tangan raja. Ini tidak pernah berlaku di Thailand moden.

Dalam undang undang Thailand, lese-mejeste tidak boleh dibincangkan secara terbuka terutama sekali membuat teori dan spekulasi di atas tindakan raja.