Sinetron Brothers Of Destruction – Ramai Benar Benar Percaya Undertaker & Kane Adik Beradik

WWE/WWF merupakan sukan hiburan yang plot dia memang dirancang. Ianya adalah ibarat live action yang live.

So korang jangan nak beriya cakap, “Korang tak tau ke ni lakonan je?”

Sebenarnya peminat WWE memang lama dah tahu. Cuma mereka melayan jalan cerita yang disajikan. Sebab tu kalau ada jalan cerita yang mereka tak puas hati, fans akan mengamuk.

Baiklah. Salah satu papan cerita paling legend adalah kisah The Undertaker dan Kane yang dianggap benar benar adik beradik oleh ramai peminat gusti 90-an dan awal 2000-an terutama sekali ketika korang masih kecik.

Brothers of Destruction

Segalanya bermula kerana susunan plot cerita Undertaker dan Kane yang ditulis sebagai adik beradik dalam plot ‘Brothers of Destruction’ selama bertahun-tahun lamanya.

Dulu korang layan je gusti ni dan percaya benda ni betul. So korang feel la kan.

Bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia, para peminat WWE, telah membuat spekulasi selama bertahun-tahun mengenai hubungan antara legenda The Undertaker dan Kane.

Malah ada yang turu terkejut.

Kedua-duanya digambarkan terbukti sebagai saudara yang mempunyai masa lalu yang bermasalah.

Keseluruhan jalan cerita dibina di sekitar Paul Bearer (pengurus Taker) yang menuduh The Undertaker telah membakar perniagaan keluarganya, membunuh ibu bapa dan adik tirinya Kane.

Glenn Jacobs adalah lelaki yang memainkan watak Kane dalam WWE. Sebaliknya, Mark Calawaypula  memainkan watak The Undertaker.

Undertaker ataupun Phenom diperkenalkan oleh WWE sebagai “Kane the Undertaker” ketika dia pertama kali muncul di acara Survivor Series PPV pada tahun 1990.

Ada tuntutan bahawa The Undertaker adalah hanya disebut sebagai Kane untuk beberapa minggu pertama setelah dia memulakan debutnya di TV tetapi nama itu kemudian diberikan kepada saudara fiksyennya Undertaker Kane (Glenn Jacobs).

The Undertaker dan Kane – Adakah mereka adik beradik dalam kehidupan sebenar?

Undertaker dan Kane telah digambarkan sebagai adik beradiktiri dalam jalan cerita sepanjang masa mereka bersama WWE.

WWE menyusun sebaiknya dari segenap sudut jalan cerita agar menampakkan kedua duanya sebagai adik beradik tiri,

Undertaker dan Kane pernah bermusuh dan juga bekerjasama sebagai “The Brothers of Destruction” sejak debut Kane pada tahun 1997, memenangi dua WWF Tag Team Championship dan WCW Tag Team Championship sekali.

Kane – Sebelum menjadi ‘adik’ The Undertaker

Kane mempunyai personaliti yang berbeza di WWE di mana dia pada mulanya menggunakan nama gelaran, Isaac Yankem dan doktor gigi gusti jahat – dua tahun sebelum debut rasmi sebagai Kane pada tahun 1997.

Sebelum menjadi saudara tiri The Undertaker, watak dia juga dikemas kembali / repackaged menjadi ‘Diesel’ – dengan rambut yang lebih pendek dan lebih kerinting daripada apa yang biasa kita tengok pada Kane.

Kane dan ahli gusti Kanada Rick Bognar, membuat penampilan sulung sebagai Kevin Nash dan Scott Hall berikutan pemergian mereka daripada promosi:

 

Watak watak awal Kane sebelum menjadi adik Undertaker dianggap gagal dan biasa biasa je.

Namun dia menempa kegemilangan dengan kejayaannya memainkan peranan dalam Brothers of Destruction.

Mengikut papan cerita WWE, ibu kandung Undertaker menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bernama Paul Bearer, seorang pengurus majlis pengkebumian yang kemudiannya menjadi pengurus Taker.

Hasil dari hubungan itu, mereka mempunyai seorang anak yang bernama Kane. Bearer kemudian membuka mulut masalah keluarga mereka termasuk kejahatan Undertaker yang pada satu ketika nak mencacatkan wajah Kane, malah mahu membunuh adiknya itu.

Namun, fakta sebenar tentang mereka bukan adik beradik tiri mahupun kandung sekalipun.

Nama sebenar Undertaker ialah Mark William Calaway. Beliau berasal dari Houston, Texas.

Sebelum memulakan karier sebagai ahli gusti professional, beliau seorang atlet basketball dan juga graduan dalam bidang pengurusan sukan di Texas Wesleyan University.

Ayahnya bernama Compton Calaway dan ibunya pula bernam Betty Catherine Truby.

Kane pula, nama sebenar beliau ialah Glenn Thomas Jacobs. Sebelum menjadi atlet WWE, beliau merupakan seorang ejen insurans yang berasal dari Tennessee, USA.

Itulah kisah di sebalik salah satu jalan cerita yang paling legend dihasilkan oleh WWE.