Sir Jim Ratcliffe Beri Sinar Harapan Baharu Kepada Mason Greenwood

Sir Jim Ratcliffe menyatakan bahawa Mason Greenwood sentiasa ada peluang untuk menjadi pemain utama di Man United.

Rakan pemilik baharu Man United itu percaya bahawa sistem keadilan di Britain adil dan telus.

Di mana mahkamah sudah membebaskan pemain itu daripada sebarang tuduhan salah laku keganasan domestik dan pemerkosaan.

Ianya selepas teman hidup Greenwood sendiri, Harriet menarik balik pertuduhan ke atasnya.

Greenwood sebelum ini dipinjamkan ke Getafe sebagai langkah untuk United mengasingkan seketika pemain itu daripada kelab.

Ini selepas kelab itu menjalankan siasatan dalaman ke atas pemain tersebut.

Greenwood kini berpeluang untuk kembali semula ke dalam pasukan Red Devils. Namun begitu, kelab harus melihat banyak perkara.

Ianya merangkumi penilaian telus ke atas Greenwood dan nilai nilai kelab itu.

Ratcliffe berkata: “Ini keputusan yang baharu harus kami buat. Dia adalah pemain Manchester United.

“Kami harus melihat kepada faktanya bahawa, menilai dia dengan adil terhadap Greenwood dan pada masa yang sama mengambil kira tentang nilai nilai kelab ini.

“Dan selepas itu barulah kami akan membuat keputusan berkaitan Greenwood.