Sir Jim Ratcliffe telah melancarkan serangan hebat ke atas pemain Manchester United, dengan menyatakan ada beberapa pemain yang “tidak cukup bagus” dan “gaji terlalu tinggi tak padan dengan kualiti”.
Dia mungkin merujuk Casemiro, Antony, Jadon Sancho, Rasmus Højlund dan André Onana yang merupakan antara pemain di kategori penerima gaji tertinggi kelab itu.
Dalam satu siri temu bual, Ratcliffe, pemilik bersama kelab itu, juga berkata bahawa Ruben Amorim akan menjadi ketua jurulatih untuk “masa yang lama”, dan mengakui bahawa keputusan untuk tidak memecat Erik ten Hag pada musim panas lalu adalah satu kesilapan.
Walaupun sebelum itu mereka merancang untuk memecat Ten Hag yang gagal melakukan lebih baik dalam liga. Tetapi kejuaraan Piala FA membuatkan United membuat pusingan U.
Di bawah Ruben Amorim, Man United kekal bergelut dengan prestasi mereka. Manchesteer United turun di tempat ke-14 dengan 34 mata dengan baki 10 perlawanan musim Liga Perdana Inggeris.
Rekrut United bermasalah: ‘Beberapa pemain tak bagus dan terlebih gaji’
Ratcliffe jelas bahawa ini adalah kelamahan daripada skuad yang diwarisi daripada penggurusan lama adalah punca prestasi teruk mereka.
Selain itu, INEOS turut menegaskan tentang hutang ansuran pemain yang masih perlu mereka bayar.
“Jika anda melihat pemain yang kelab beli pada musim panas ini, yang buka kami tidak beli, kami beli Antony, kami beli Casemiro, kami beli Onana, kami beli Højlund, kami beli Sancho,” kata Ratcliffe dalam temu bual dengan BBC.
“Ini semua perkara dari masa lalu, sama ada kita suka atau tidak, kita telah mewarisi perkara itu dan perlu menyelesaikannya.
“Untuk Sancho, yang kini bermain untuk Chelsea [secara pinjaman] dan kami membayar separuh gajinya, kami membayar [ansuran] £17 juta untuk membelinya pada musim panas. Ia mengambil masa untuk kita beralih dari masa lalu ke fasa baharu pada masa hadapan.”
Antony juga dipinjamkan ke Real Betis, selepas perpindahan £81 juta dari Ajax pada 2022 pada musim panas yang sama Casemiro tiba dengan harga £70 juta dari Real Madrid.
Højlund, dibeli dengan harga £72 juta dari Atalanta, dan Onana (£47 juta dari Inter), menyertai musim panas berikutnya. Ratcliffe ditanya sama ada dia maksudkan perpindahan perpindahan ini adalah kesilapan dan bukan kualiti yang diperlukan untuk United.
“Ada yang tidak cukup bagus dan ada yang mungkin terlebih gaji, tetapi untuk kami membentuk skuad yang kami bertanggungjawab sepenuhnya, dan ia akan mengambil masa,” kata pemilik bersama berusia 72 tahun itu.
“Kami mempunyai tempoh transformasi ini di mana kami bergerak dari masa lalu ke masa depan. Terdapat beberapa pemain hebat dalam skuad seperti yang kita tahu, kapten kami adalah pemain bola sepak yang hebat. Kami pasti memerlukan Bruno [Fernandes] – dia seorang pemain bola sepak yang hebat.”
Amorim pengurus yang tepat
Selepas Ten Hag dipecat pada 28 Oktober, Amorim telah dilantik dengan perjanjian selama dua setengah tahun. Ratcliffe yakin pengurus asal Portugal itu akan bertanggungjawab lebih lama di kelab itu.
“Jika saya benar-benar melihat skuad yang tersedia untuk Ruben, saya fikir dia melakukan kerja yang sangat baik, sejujurnya,” katanya. “Saya fikir Ruben adalah pengurus muda yang cemerlang. saya maksudkannya.
“Dia seorang pengurus yang sangat baik dan saya fikir dia akan berada di sana untuk masa yang lama. Anda mula melihat sekilas apa yang Ruben boleh hasilkan. Saya rasa anda melihat sekilas perlawanan menentang Arsenal.”
Ratcliffe kemudian menggariskan isu kecederaan sebagai punca Man United bergelut dalam kedudukan liga. Unite terpaksa menyenaraikan ramai pemain muda sebagai pemain gantian dalam keputusan seri 1-1 menentang Arsenal pada Ahad.
“Berapa ramai pemain menentang Arsenal di bangku simpanan yang anda kenali? Berapa ramai yang pernah memakai baju Manchester United untuk [pasukan pertama] – kami dah tiada pemain lagi dalam skuad.
“Kami berkurangan sehingga 10 atau 11 pemain utama dalam skuad, pemain skuad utama yang sebenar. Ruben melakukan kerja yang hebat.”
Kewangan United juga dikatakan sangat teruk selepas menanggung rugi £300 juta dalam tempoh tiga tahun lalu. Namun walaupun hanya membeli Patrick Dorgu pada harga £25.1 juta, denga bonus sekitar £3 juta lagi, pada jendela Januari, Ratcliffe berkata Amorim akan mempunyai wang untuk dibelanjakan dalam pasaran musim panas.
“Jelas sekali belanjawan itu berubah – tetapi bergantung kepada siapa pemain yang kami boleh jual kerana itu akan menambah belanjawan.”
Sebagai pemain tempatan [homegrown], Kobbie Mainoo dan Alejandro Garnacho akan mewakili 100% keuntungan di bawah peraturan keuntungan dan kemampanan. Tetapi Ratcliffe menafikan bahawa pemain muda tersebut dan beberapa pemain akademi lain akan dijual untuk menjana dana. “Tidak. Kami tidak akan menjual pemain kerana keadaan kewangan kami.”
Ten Hag dan Ashworth satu kesilapan
Ten Hag hampir kehilangan jawatannya Mei lalu apabila Ratcliffe menilai beberapa alternatif. Pengurus Belanda itu kekal sebagai pengurus dan disokong dengan perbelanjaan musim panas sebanyak £200 juta.
Ratcliffe mengakui bahawa keputusan untuk tidak menyingkirkan Ten Hag pada ketika itu adalah satu kesilapan, bersama-sama dengan pengambilan Dan Ashworth, pengarah sukan yang berlepas pada Disember.
“Saya bersetuju keputusan berkaitan Erik ten Tag dan Dan Ashworth adalah kesilapan. Saya fikir terdapat beberapa punca yang membawa kepada masalah ini, tetapi akhir sekali ia tetap satu kesilapan. Saya terima itu dan saya minta maaf untuk itu. Jika anda melihat pada masa kami membuat keputusan tentang Erik – pasukan pengurusan [baru] tidak berada di tempat selama lebih daripada lima minit. Ia menjadi lebih jelas tiga bulan kemudian dan kami tersilap. Kami membetulkannya dan kami berada di tempat yang sangat berbeza hari ini.”
Misi 21, United harus tiru Liverpool
Misa 21, di mana dia menyasarkan untuk melihat Man United meraih gelaran EPL ke-21 menjelang 2028, ulang tahun ke-150 kelab itu, dan dia percaya ini kekal realistik.
“Saya tidak fikir ia adalah misi mustahil. Saya fikir ia bagus untuk mempunyai matlamat dan objektif,” katanya kepada Times.
“Liverpool adalah contoh yang baik mengenai masa, di mana Jürgen Klopp datang pada 2015. Proses membina semula skuad di Liverpool bermula pada musim panas 2015, mereka membina semula skuad pada 2015, ’16, ’17 dan ’18, kemudian dalam tiga tahun berikutnya mereka memenangi segala-galanya.”
Ratcliffe akan membuat 200 lagi pemberhentian kerja dengan jumlah keseluruhan 450 sejak beliau mengambil alih Februari lalu. Keputusan lain yang membantu kelab mengurangkan perbelanjaan termasuk menutup kantin kelab, menamatkan makan tengah hari percuma untuk kakitangan dan menaikkan harga tiket minimum untuk semua kategori kepada £66.
Ratcliffe menekankan keperluan pemotongan ini, berkata kelab itu akan hancur menjelang Krismas yang akan datang ini tanpa mereka. The Guardian pertama kali mendedahkan kebimbangan Ratcliffe terhadap United kehabisan wang pada bulan Februari.
“Manchester United akan kehabisan wang tunai menjelang akhir tahun ini – menjelang akhir 2025 – selepas saya memasukkan $300 juta [£232.72 juta] dan jika kami tidak membeli pemain baharu pada musim panas,” katanya.
“Kami sedang dalam proses perubahan dan ia adalah tempoh yang tidak selesa dan mengganggu dan saya berasa simpati dengan peminat. Jawapan mudah ialah kelab kehabisan wang pada Krismas jika kita tidak melakukan perkara itu.
“Kelab ini telah membengkak jadi kami mengurangkannya dan akan menyelesaikannya dengan organisasi yang lebih kecil dan cekap. Begitulah cara kami akan menangani kos. Keputusan pemain semuanya akan tertumpu kepada bagaimana kami akan meningkatkan prestasi. Itu sahaja.
Ratcliffe juga mempertahankan tumpuannya lebih kepada pasukan lelaki berbanding pasukan wanita. “Daripada £650 juta pendapatan kami, £640 juta daripadanya datang daripada pasukan lelaki dan hanya £10 juta datang daripada pasukan wanita,” katanya. “Dengan latar belakang perniagaan saya, anda cenderung menumpukan pada isu yang lebih besar sebelum anda menumpukan pada isu yang lebih kecil.”
Ratcliffe menambah: “Saya mahu melihat Manchester United berada sebaris dengan Real Madrid, Manchester atau Liverpool. Satu satunya perkara yang saya mahu lihat adalah Man United kembali ke era kegemilangannya sekali lagi.
“Di mana kamu nak membelanjakan duit itu? Belanjakan pada operasi kelab atau nak belanjakan pada skuad? Kerana jika kamu belanjakan pada skuad, kamu akan dapat keputusan lebih baik di atas padang. Dan akhir sekali, apa gunanya Manchester United berada di sini jika tidak memenangi trofi dan kejuaraan.
“Apa yang kami mahu lakukan adalah melabur pada pemain pemain terbaik di dunia berbanding membazirkan wang itu, beri makan tengahari percuma pada staf.
“Namun kerugian ditanggung oleh kelab ini kerana kelab berbelanja pada benda yang tidak perlu dan tidak sepatutnya kami belanjakan wang di situ.”
Sir Jim Ratcliffe: “I want to see Manchester United where Real Madrid is, or where #ManCity has been, or where Liverpool is…” pic.twitter.com/Cs6XLbLHHA
— City Report (@cityreport_) March 10, 2025
Pengumuman dijangka pada hari Selasa mengenai rancangan untuk apa yang dikatakan kelab sebelum ini mungkin “stadium bola sepak paling ikonik di dunia”. Ini akan dibina untuk menggantikan Old Trafford di tapak stadium semasa.