Sir Jim Ratcliffe Kecam Pengurusan Lama Lantik David Moyes Ganti Ferguson

Sir Jim Ratcliffe sekali lagi mengutuk pengurusan lama sebagai punca kejatuhan Manchester United.  Sebelum ini dia mengecam pengurusan lama yang tidak bagus dalam rekrut pemain menyebabkan ramai pemain overpaid dari segi perpindahan dan gaji.

Dan ramai pemain pemain tak cukup bagus dibeli untuk pasukan ini. Dia menggariskan beberapa nama antara contoh iaitu, Andre Onana, Casemiro dan ramai lagi.

Terbaru dia mengecam tindakan pengurusan lama yang melantik David Moyes untuk menggantikan Sir Alex Ferguson sebagai tindakan tidak masuk akal.

Sir Jim Ratcliffe berkata: “Saya suka dengan David Moyes. Dan saya berpendapat dia pengurus yang sangat bagus. Namun untuk kami pergi daripada Sir Alex Ferguson  kepada David Moyes adalah perkara yang saya tak akan pernah lakukan.

“Ferguson memenangi 13 kejuaraan EPL dan 2 UCL. Dan kamu menyerahkann tugasan seterusnya kepada seorang pengurus yang tak pernah menguruskan mana mana pemain nama besar dan tidak pernah memenangi apa apa trofi.

“Kelab tak semestinya sentiasa buat keputusan yang betul, namun mereka harus melantik CEO terbaik di dunia, pengurus terbaik di dunia. Sebab ini adalah Manchester United, kelab terbaik di dunia. Mereka silap dalam dua keputusan tersebut,” kata Ratcliffe yang turut mempersoalkan perlantikan Ed Woodward sebagai CEO kelab.

Ramai bersetuju dengan komen SJR dalam perkara ini. Kerana menurut mereka ianya telah membawa kepada kejatuhan Man United.

Lebih lebih lagi ketika itu pengurus seperti Pep Guardiola juga tersedia untuk dipujuk menyertai Man United.

Seorang lagi peminat menegaskan bahawa Sir Alex Ferguson juga bersalah dalam perkara ini kerana dia turut berada dalam perbincangan untuk melantik David Moyes untuk menggantikannya.