Sir Jim Ratcliffe baru baru ini dilaporkan sudah menarik diri daripada membeli Man United kerana sudah tak tahan menunggu terlalu lama.
Sir Jim Ratcliffe adalah manusia terkaya di Britain. Dan dia merupakan pesaing utama Sheikh Jassim untuk membeli Man United.
Terbaru selepas Sheikh Jassim pun menarik diri, Sir Jim Ratcliffe mahu membeli 25% kepentingan dalam Man United. Dan mahu terlibat aktif dalam aspek kesukanan kelab.
🔴 Sir Jim Ratcliffe expected to have control of football/sporting operations once vote of 25% minority stake will be confirmed.
Key days ahead for Manchester United future as process will enter final stage. pic.twitter.com/aiW2kivaMg
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 15, 2023
Sir Jim Ratcliffe mahu mencadangkan agar Man United melantik Paul Mitchell sebagai pengarah sukan Man United yang baharu.
More on my exclusive story that Paul Mitchell is a leading name under consideration at #MUFC under Sir Jim Ratcliffe. Mitchell has just moved back to Manchester and is keen on a sporting director role and a Premier League return.🔴 pic.twitter.com/cSKjXpOuea
— Ben Jacobs (@JacobsBen) October 16, 2023
Sir Jim Ratcliffe benar benar yakin Paul Mitchel seorang pengarah sukan luar biasa cuma bakatnya agak tidak ditonjolkan di kelab besar.
Dia sebelum ini pernah bekerja untuk Spurs dan juga AS Monaco. Dan sangat berminat untuk kembali semula ke EPL. Pada 2022 lalu dia menjadi calon untuk mengisi tempat Pengarah Sukan di Chelsea namun Clearlake-Boehly akhirnya melantik Laurence Stewart sebagai Pengarah Sukan bersama dengan Paul Winstanley.
Sir Jim Ratcliffe turut mahu memujuk Glazer agar membawa masuk CEO INEOS, Jean Claude. Dia menjadi watak penting dalam melebarkan pengaruh INEOS dalam arena sukan termasuk dalam sukan bola sepak, ragbi, Formula 1 dan berbasikal. Dia juga pernah berkerja dengan kelab gergasi seperti Juventus dan PSG.
Menurut laporan The Times, INEOS benar benar mahu terlibat dalam penstrukturan semula staf dan juga membantu membangunkan skuad United.
Satu lagi nama yang mengejutkan ramai ialah Michael Edwards. Dia juga calon untuk menjadi pengarah sukan di Man United. Sir Jim benar benar meminati cara kerja Edwards. Namun sebelum ini Edwards pernah menolak tawaran United kerana hubungannya yang rapat dengan Liverpool. Namun dia mungkin akan tertarik menyertai United jika dipujuk Sir Jim Ratcliffe?
Tindakan Sir Jim Ratcliffe mahu membeli 25% kepentingan dalam Man United dianggap tidak masuk akal jika dia benar benar mahu terlibat dalam pengurusan tertinggi kelab.
Menurut Kaveh Solhekol, ‘tiada apa yang dia boleh lakukan dengan saham sekecil itu’.
Adakah Glazer akan meberikan Sir Jim Ratcliffe ‘suara’ dalam isu kesukanan? Memandangkan dia sangat berjaya dalam sukan berbasikal. Namun dalam sukan bola sepak, INEOS masih belum pernah terlibat dalam pasukan sebesar Man United walaupun memiliki Nice di Perancis.
"How can he run everything if he only owns 25% of the club? I think it is a messy situation"
Kaveh Solhekol on Sir Jim Ratcliffe's proposal to buy 25% of Manchester United 🔴💰 pic.twitter.com/tkyJUs7KrL
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) October 16, 2023