Sir Jim Ratcliffe Mahu Graham Potter Ganti Erik Ten Hag

Sir Jim Ratcliffe menerusi syarikatnya INEOS sedang dalam rundingan untuk melengkapkan pembelian saham 25% di Manchester United.

Namun tokoh tersebut sudah menyatakan bahawa pihaknya mahu terlibat secara langsung dalam rombakan pengurusan pasukan. Ini termasuk dalam perlantikan pengarah sukan dan juga perlantikan pengurus.

Staf di Old Trafford mengalu alukan idea agar INEOS terlibat dalam rombakan di peringkat staf dan pengurusan tertinggi walaupun sedikit pun jadilah kata mereka. Kerana ketika ini suasana kerja di United sarat dengan tekanan.

Sir Jim Ratcliffe mahu mencadangkan agar Man United melantik Paul Mitchell sebagai pengarah sukan Man United yang baharu.

Sir Jim Ratcliffe benar benar yakin Paul Mitchel seorang pengarah sukan luar biasa cuma bakatnya agak tidak ditonjolkan di kelab besar.

Dia sebelum ini pernah bekerja untuk Spurs dan juga AS Monaco. Dan sangat berminat untuk kembali semula ke EPL. Pada 2022 lalu dia menjadi calon untuk mengisi tempat Pengarah Sukan di Chelsea namun Clearlake-Boehly akhirnya melantik Laurence Stewart sebagai Pengarah Sukan bersama dengan Paul Winstanley.

Sir Jim Ratcliffe turut mahu memujuk Glazer agar membawa masuk CEO INEOS, Jean Claude. Dia menjadi watak penting dalam melebarkan pengaruh INEOS dalam arena sukan termasuk dalam sukan bola sepak, ragbi, Formula 1 dan berbasikal. Dia juga pernah berkerja dengan kelab gergasi seperti Juventus dan PSG.

Menurut laporan The Times, INEOS benar benar mahu terlibat dalam penstrukturan semula staf dan juga membantu membangunkan skuad United. Dan terbaru mereka juga memantau perkembangan pengurus kelab itu, Erik Ten Hag.

Masa depan Erik Ten Hag di Old Trafford kian di bawah tekanan. Selepas beberapa keputusan buruk dicatatkan pengurus itu. Namun buat masa ini Man United masih teguh berdiri di belakang pengurus itu.

Fabrizio Romano sudah mengesahkan bahawa Man United menafikan bahawa kelab itu ada berhasrat mahu memecat Ten Hag. Perkara itu jelas sekali tiada dalam agenda mereka.

Walaubagaimanapun, jika Ten Hag dipecat, dan ketika itu INEOS sudah memiliki saham dalam United, mereka mahu Graham Potter menjadi pengurus baharu Man United.

Ini kerana pengurusan INEOS sangat menggemari hasil kerja Potter ketika di Brighton. Walaupun dia kurang menjadi di Chelsea.

Graham Potter dilihat sebagai pengurus masa depan England sebelum ini. Dianggap pengurus Inggeris paling bertaktikal dalam era moden.

INEOS percaya Potter tidak diberikan masa secukupnya di Chelsea sebelum ini.

Peminat United rata rata tidak begitu gembira dengan idea ini kerana mereka merasakan bahawa Ten Hag jauh lebih bagus daripada Potter. Ianya dianggap bukan upgrade tetapi sebaliknya.