Sir Jim Ratcliffe Mahu Robohkan Old Trafford Dan Membina ‘Wembley Utara’

Sebelum ini Glazers ada mempertimbangkan 2 pilihan untuk Old Trafford, sama ada merobohkannya atau membangunkannya semula dengan menambah baik stadium itu seperti mana dibuat di Santiago Bernabeu atau Anfield.

Old Trafford yang ada sudah usang dan banyak struktur yang semakin rosak terutama sekali bahagian bumbung.

Kemalasan Glazer untuk mencegah kerosakan ini lebih awal kerap dikecam peminat yang menyebabkan Old Trafford menjadi usang.

Terdapat banyak perbincangan tentang perkara itu kerana Old Trafford merupakan gelanggang keramat Setan Merah sejak sekian lama.

Dan terbaru, The Athletic melaporkan bahawa Manchester United mengkaji idea untuk merobohkan Old Trafford dan membina stadium baharu yang digelar State Of The Art menggantikan nama Theatre Of Dreams.

Sir Jim Ratcliffe kini terlibat dalam perbincangan itu selaku pemegang saham minoriti di kelab itu.

Sir Jim Ratcliffe sangat yakin bahawa idea membina semula stadium baharu adalah opsyen terbaik buat Man United. Di mana dalam perbincangan dengan ahli lembaga pengarah baru baru ini, dia menyebut bahawa dia mahu membina stadium yang digelar ‘Wembley’ di Utara.

Langkah itu sebagai usaha kelab menjana lebih banyak keuntungan jangka masa panjang dengan stadium yang lebih moden yang sesuai dengan status Man United sebagai kelab paling popular di dunia.

Kajian terperinci dibuat untuk melihat bagaimana langkah itu tidak akan memberikan kesan yang besar kepada pasukan dari segi dana perbelanjaan tahunan, dana untuk membeli pemain dan juga isu FFP.

Ratcliffe memberitahu The Athletic bahawa anggaran kos untuk meroboh dan mebina stadium baharu akan menelan belanja sekitar £1 billion.

Stadium itu nanti mahu dijadikan sebagai antara stadium tercanggih di dunia, itu antara agenda utama mereka. Dari segi kapasiti Sir Jim Ratcliffe mengimpikan stadium sebesar Bernabeu atau Nou Camp.

Jawatankuasa khas telah dilantik dalam isu berkaitan dengan stadium. Ianya dipengerusikan oleh Lord Sebastian Coe. Legenda Man United, Gary Neville dan Datuk Bandar Macnchester, Andy Burnham dan CEO Trafford Council, Sara Todd juga berada dalam pasukan tersebut.

Sir Jim berkata: “Ini akan menjadi pejanaan semula projek yang besar untuk Greater Manchester, bandar yang memainkan peranan penting dalam zaman perindustrian Britain dalam sejarah. Namun kita memerlukan pelaburan untuk kembali menjadi kunci penting itu sekali lagi.

Baca yang lain