Sir Jim Ratcliffe: ‘Man United Tiada Tolok Bandingannya Dengan Chelsea Dan Semua Kelab London”

Sir Jim Ratcliffe mengakui bahawa dia sebelum ini mahu membeli Chelsea. Namun menurutnya, dia tidak sedih lagi kerana sudah memiliki Man United.

Sir Jim Ratcliffe merupakan lelaki terkaya di Britain. Dia kimi rasmi menjadi pemegang saham 25% di Man United yang membolehkan dia menjadi pemilik bersama dengan Glazers.

Bercakap kepada wartawan ketika dia ditanya dengan soalan, bukankah dia mahu membeli Chelsea sebelum ini?

SJR berkata: “Ya saya pernah mempertimbangkannya kerana kami [INEOS] memang nak melabur di Premier League. Masa tu Man United bukan untuk dijual.

“Namun, tiada bandigannya antara Chelsea dan Man United. Ke mana sahaja saya pergi, saya akan lihat Manchester United.

“Saiz Manchester United ini tidak ada bandingannya oleh mana mana kelab di London, saya bercakap jujur dengan kamu.”

Sir Jim Ratcliffe merupakan pemilik Nice. Dan kini pasukan itu pada landasan terbaik untuk bermain di UCL musim hadapan.

Wartawan bertanya, adakah Man United akan dihalang bermain di UCL jika Nice menamatkan liga di kedudukan lebih baik dan United pula berada di kedudukan UCL.

Sir Jim Ratcliffe menegaskan, dia sudah mendapatkan jawapan dari UEFA. Dan tiada halangan untuk kedua dua kelab itu bermain di UCL pada satu musim yang sama.

Ratcliffe berkata: “Kami dah cakap dah dengan UEFA pasal benda ni. Tak ada sebab pun, kalau pemilikan Nice akan mengahalang Man United bermain di Liga Juara Juara Eropah. Aku bagitau hangpa semua terang terang ni noh. Jangan dok kalut.”