Sir Jim Ratcliffe dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Graham Potter – dan bekas bos Chelsea itu akan menjadi pilihan pertamanya untuk menggantikan Erik ten Hag sebagai pengurus Manchester United.
Ten Hag berada di bawah tekanan besar selepas United disingkirkan daripada Liga Juara-Juara dengan cara yang sukar diterima menerusi kekalahan 1-0 menentang Bayern Munich pada hari Selasa. Pengurus asal Belanda itu kini telah tewas 12 daripada 24 perlawanannya musim ini dan penyingkiran awal daripada semua bola sepak Eropah mendatangkan tamparan hebat kepada kelab itu.
Man United bertandang ke Anfield untuk menentang Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris pada Ahad sebagai kunjungan pertama mereka ke stadium itu setelah kekalahan 7-0 yang mereka terima di padang pada Mac akan menyaksikan kedudukan Ten Hag terancam jika gagal mencatatkan keputusan positif.
Dia difahamkan dalam kedudukan selamat dalam jangka pendek, tetapi dengan Ratcliffe yang sedang menunggu untuk pemeteraian perjanjian £1.3 bilion untuk 25 peratus saham kelab yang dah disahkan sebelum ini, jaminan pekerjaan jangka panjangnya masih jauh dari terjamin.
The Mirror melaporkan Sir Jim Ratcliffe telah bertemu dengan Potter, yang kekal tanpa pekerjaan sejak dipecat oleh Chelsea pada April. Ratcliffe adalah peminat tegar bekas jurulatih Swansea dan Brighton itu dan sebelum ini mahu melantiknya untuk mengendalikan Nice.
Potter telah dikaitkan dengan beberapa peranan sejak dipecat oleh Todd Boehly di Stamford Bridge, masih tersedia di pasaran selepas menolak peluang untuk menggantikan Alex Neil di Stoke minggu ini.
Pengurus berusia 48 tahun itu hanya memenangi 12 daripada 31 perlawanannya ketika mengendalikan Chelsea dan hanya bertahan tujuh bulan dalam kontrak lima tahunnya.
Dia bukan satu-satunya pengurus yang dikaitkan untuk menggantikan Ten Hag, sekiranya keputusan buruk berterusan di Old Trafford. Bekas pengurus Wolves Julen Lopetegui juga disukai oleh ketua United, dengan pengalamannya dalam Liga Perdana Inggeris dan di Eropah menjadikannya calon yang baik, bersama Zinedine Zidane dan Roberto De Zerbi.
Ten Hag telah dilantik menjadi pengurus United pada April 2022 atas keyakinan bahawa dia mengambil alih projek jangka panjang. Dia di bawah kontrak sehingga Jun 2025, tetapi kini mengharungi masa yang paling sukar apabila mencapai separuh masa perjanjiannya.
Hierarki United semasa difahamkan bersimpati dengan krisis kecederaan, yang boleh menyebabkan dia berpotensi tanpa seramai 13 pemain untuk lawatan ke Liverpool pada hari Ahad. Dia juga terpaksa berhadapan dengan masalah di luar padang yang melibatkan Jadon Sancho, Antony dan Mason Greenwood, serta isu berkaitan dengan pemilikan sebelum ini yang dipercayai mempengaruhi isu berkaitan dengan pengurusannya.
Tetapi setelah membelanjakan lebih £170m pada musim panas untuk membawa masuk Rasmus Hojlund, Mason Mount dan Andre Onana dan lebih £200m pada musim panas 2022 untuk menandatangani Casemiro, Antony, Lisandro Martinez dan Tyrell Malacia, kedudukan United pada ketika adalah jauh di bawah jangkaan. Tersingkir awal dari bola sepak Eropah dianggarkan menelan kos United sekitar £28m dalam pendapatan dan ketibaan Ratcliffe dan INEOS datang pada masa yang buruk untuk Ten Hag.
Ketibaan Ratcliffe telah didahului oleh audit yang dijalankan oleh Sir Dave Brailsford. Kesannya ketua eksekutif Richard Arnold dikatakan bukan satu-satunya orang yang meninggalkan peranan mereka atas cadangan Ratcliffe.
Ratcliffe mempunyai reputasi sebagai ahli perniagaan yang kejam dan dia tidak akan berdiam diri jika Ten Hag tidak dapat meningkatkan keputusan di atas padang.
Dia sebelum ini sudah memberitahu Glazer bahawa dia mahu terlibat dalam isu pengurusan kesukanan kelab itu jika mereka mahu dia menjadi rakan kongsi 25% saham di kelab itu. Ratcliffe mahu terlibat merombak pasukan dan juga penstrukturan staf serta kejurulatihan kelab.