Pengerusi INEOS dan pemilik bersama Man United, Sir Jim Ratcliffe tidak memberikan jaminan bahawa Erik Ten Hag akan terselamat daripada pemecatan jika prestasi Man United terus goyah.
Selepas mendapat sokongan dari segi dana perpindahan dan mendapatkan ramai pemain yang baharu, Ten Hag masih bergelut dalam membentuk DNA pasukan Man United.
Sebelum final Piala FA musim lalu, pengurusan tertinggi Man United dilaporkan sudah memutuskan untuk memecat Ten Hag walaupun apa keputusan dicapai United pada final itu.
Hal ini kerana prestasi Man United dalam Liga Perdana Inggeris sangat mengecewakan. Namun kemudian Man United memilih untuk u-turn setelah gagal mendapatkan kesepakatan dengan Mauricio Pochettino dan beberapa calon lain termasuk Kieran McKenna dan Thomas Tuchel.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Ten Hag. Di mana pengurus itu menegaskan setelah United berunding dengan beberapa calon lain termasuk Pochettino, mereka akhirnya mendapati bahawa Ten Hag adalah pengurus terbaik untuk United.
Dan dia ditawarkan kontrak baharu dengan delegasi United datang bertemunya ketika dia masih bercuti. Mereka menawarkan kontrak baharu kepada Ten Hag dan pengurus itu dengan berbesar hati menerimanya.
Permulaan musim ini Man United bergelut dalam carta liga dan juga dalam persaingan UEL. Pengurus Man United, Ten Hag menjadikan kecederaan pemain sebagai alasan. Walaupun dia sudah mendapat sebahagian besar daripada pemain utama yang boleh beraksi.
Ten Hag turut meminta orang ramai hanya menilai United pada akhir musim ini, bukannya sekarang. Sambil meminta peminat United bersabar dengan proses pembangunan sedang rancak berjalan.
Tekanan semakin dirasai Ten Hag setelah kalah 0-3 di tangan Spurs dan keciciran mata di tangan Porto walaupun mendahului 2 gol.
Ratcliffe berkata: “Saya suka Erik, dia pengurus yang sangat bagus namun pada akhirnya, keputusan [tentang masa depan Ten Hag] bukannya terletak di tangan saya.
“Pengurusan yang akan membuat keputusan. Dan mereka ini baru sahaja tiba pada Julai. Dan sekarang ini mereka harus membuat beberapa penilaian dan membuat keputusan yang masuk akal.”
🚨 Sir Jim Ratcliffe on Erik ten Hag’s future: “I like Erik, he’s a very good coach but at the end of the day it’s not my call…”, tells @DanRoan for BBC.
“The management has to decide, they've only arrived in July”.
“Now they need to take stock, make some sensible decisions” pic.twitter.com/Vjn8IPf4xL
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 4, 2024
Sir Jim Ratcliffe merupakan orang yang kuat menyokong Erik Ten Hag. Walaupun sebelum ini dia adalah orang yang mahukan Ten Hag digantikan. Tetapi setelah memutuskan untuk melanjutkan kontrak Ten Hag dia banyak membantu pengurus itu dalam urusan perpindahan pemain.
Dia juga memihak kepada Ten Hag dalam isu berkaitan Mason Greenwood dan Jadon Sancho. Sebagai tanda dia menyokong kuasa pengurus.