Sir Jim Ratcliffe Tarik Diri Sebab Keliru Dengan Permainan Glazer

Pembida yang dalam senarai pesaing utama mendapatkan Manchester United, Sir Jim Ratcliffe kini dalam proses untuk menarik diri daripada persaingan mendapatkan Man United.

Ini kerana mereka benar benar keliru dengan permainan Glazer. Sama ada mereka mahu menjual ataupun sekadar bermain spekulasi pasaran.

Sir Jim Ratcliffe merupakan billionaire terkaya di Britain, merasakan mereka mungkin menjadi alat untuk Glazer memancing harga lebih tinggi daripada konsortium Qatar yang diketuai Sheikh Jassim.

Berdasarkan laporan sebelum ini, bermakna Sheikh Jassim kini tinggal calon tunggal untuk membeli Man United.

Sheikh Jassim sebelum ini mengemukakan tawaran akhir mereka melebihi £5 billion. Dengan Glazer cuba meminta mereka membayar £6 billion, angka yang disifatkan pihak Qatar sebagai terlalu mahal,

Sir Jim Ratcliffe sebenarnya lebih disukai Glazer kerana sedia memberikan pegangan kecil saham kepada Glazer. Sementara Sheikh Jassim mahukan pemilikan penuh tanpa ada saki baki puak Glazer dalam Man United.

Sheikh Jassim masih kekal dengan pendirian bahawa mereka tidak akan menaikkan jumlah bidaan mereka lagi. Dan berharap Glazer benar benar serius dalam penjualan kelab itu. Kerana Sheikh Jassim mahu projek pembangunan semula Man United termasuk pembangunan semula Old Trafford bermula secepat mungkin.

Glazer menimbulkan kemarahan ramai pembida sebelum ini yang menganggap mereka sekadar bermain main dalam proses menjual Man United. Notis penjualan dibuat November 2022 lagi dan kini hampir setahun, masih belum lagi kelab itu dijual.