Situasi Kewangan Barca Terus Parah, Mereka Tak Boleh Daftarkan 2 Pemain Baru, Kessie & Christensen

Barcelona terus dirunding masalah kewangan yang terus mengekang mereka dalam mendapatkan pemain idaman mereka.

Terbaru, kelab gergasi Catalan itu tidak boleh mendaftarkan dua pemain baharu yang diikat mereka lantaran peraturan yang termaktub dalam Financial Fair Play (FFP).

Andreas Christensen yang dijangka menyertai Barcelona dari Chelsea secara percuma di mana kontraknya akan tamat pada bulan hadapan terbantut

Seorang lagi pemain tengah, Kessie dijangka tiba di Nou Camp juga secara percuma apabila kontraknya bersama AC Milan akan tamat pada jun ini.

Media dari Catalan, SPORT telah melaporkan bahawa Barcelona tidak mengumumkan dua penandatangan baharu atau pembaharuan kontrak Sergi Roberto kerana kelab berada dalam halangan kerana pembayaran gaji telah mencapai had yang dibenarkan.

Pada bulan Januari lalu, Barcelona pada mulanya tidak dapat mendaftarkan Ferran Torres selepas menandatangani penyerang itu dalam perjanjian yang bernilai £46 juta dari Manchester City.

Ferran Torres akhirnya berjaya didaftarkan selepas beberapa orang pemain lain dalam skuad Barcelona, ​​termasuk Samuel Umtiti yang sebelum ini berkeras dengan rela menerima pemotongan gaji.

Dalam masa yang sama, Barcelona juga telah meminjamkan Philippe Coutinho ke Aston Villa.

Barcelona menggunakan kaedah yang sama pada musim panas lalu untuk membenarkan pendaftaran pemain baharu termasuk Eric Garcia, Memphis Depay dan Sergio Aguero.

SPORT mendakwa Barcelona perlu menjual pemain yang sedia ada sebelum boleh membuat sebarang pembelian baharu.

Laporan itu juga mendakwa ketua jurulatih Xavi akan bertemu dengan presiden kelab, Joan Laporta pada hari Selasa untuk membincangkan rancangan perpindahan untuk jendela musim panas.

Walaupun berdepan dengan krisis kewangan, Xavi masih mempunyai selera tajam dalam misi mengembalikan semula kegemilangan Barcelona.

Xavi dilaporkan telah meminta lapan pemain termasuk pertahanan Chelsea, Cesar Azpilicueta dan Marcos Alonso, yang kedua-duanya mempunyai baki setahun dalam kontrak mereka di Stamford Bridge dan Christensen.

Xavi juga berminat untuk menandatangani Robert Lewandowski, yang mempunyai baki setahun kontrak bersama Bayern Munich dan telah mengesahkan keinginannya untuk meninggalkan gergasi Jerman itu.

Ketua jurulatih Barcelona itu juga dikatakan mahukan pemain sayap Leeds United, Raphinha, pemain tengah Wolves, Ruben Neves dan pemain pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly sebagai tambahan kepada Kessie.

Xavi dikatakan sudah memberitahu beberapa pemain Barcelona bahawa mereka tidak berada dalam rancangannya untuk musim depan, termasuklah Umtiti, Neto, Oscar Mingueza, Clement Lenglet, Riqui Puig dan Martin Braithwaite.

Adama Traore dan Luuk de Jong yang merupakan pemain pinjaman juga telah dimaklumkan bahawa mereka tidak diperlukan dan bersedia untuk kembali ke kelab asal masing-masing iaitu Wolves dan Sevilla.

Ousmane Dembele yang kembali berbisa sejak januari juga telah tamat kontrak dan bila-bila masa boleh meninggalkan Nou Camp, walaupun Xavi berminat untuk Dembele kekal bersama.

Sementara itu, Barcelona bersedia mempertimbangkan tawaran yang sesuai dan menarik untuk Frenkie de Jong, Memphis Depay dan Serginho Dest dilepaskan.

Manchester United telah dikaitkan dengan perpindahan musim panas untuk De Jong di mana pengurus baharu, Erik ten Hag dilaporkan berminat untuk bersatu semula dengan bekas pemain tengah Ajax itu.

Xavi bertindak awal untuk mendapatkan pemain yang berkualiti dan memenuhi kriteria yang dimahukan namun terlupa dengan situasi Barcelona yang tidak berduit.

Tindakan Xavi ini yang memungkin kelab yang berminat dengan pemain Barcelona akan menangguk di air yang keruh dan cuba mendapatkan pemain dengan harga serendah mungkin.

Solusi kepada masalah ini Barcelona perlu menjual pemain atau melepaskan mereka secara percuma jika Xavi tetap berkeras mahukan lapan pemain seperti didakwa.

Peminat Barca bengang

Peminat Barca menganggap La Liga dan UEFA pilih kasih ke atas Barcelona.

Di mana kelab itu terus digantung tak bertali oleh mereka. Mereka mempersoalkan, bukankah Barcelona sudah teruk dihukum sebelum ini, sehingga kehilangan Messi.

Ada juga yang menyindir UEFA tentang pengumuman terbaru pengerusi Manchester City, di mana dia mengesahkan City akan terus mendapatkan beberapa pemain baharu. Kenapa kelab itu terus dibenarkan? Sedangkan Barcelona terus dihalang

Mark beranggapan Man City dah bayar cukup UEFA.

Baca yang lain