Skandal Korupsi, Era King Bibi Bakal Berakhir

Benjamin Netanyahu merupakan perdana menteri Israel yang paling lama berkuasa dan menjadi satu-satunya PM yang berjaya mengekalkan jawatan di Israel untuk 10 tahun straight.

Di Isreal, Benjamin Netanyahu dianggap yang paling berkuasa sejak era David Ben-Gurion.

Dan banyak dasar Israel ada pada hari ini adalah daripada Netanyahu.

Walaupun muka ganas, namun nama panggilan Netanyahu ni agak manja iaitu Bibi. Ramai juga yang menggelarnya dengan nama King Bibi.

Kini King Bibi berhadapan dengan ancaman pada karier politiknya. Entah berapa kali dah ancaman jenis macam ni. Cuma laporan di Israel menyatakan kali ini dia benar-benar terancam.

Netanyahu merupakan mastermind kepada dasar luar Israel dan sudah tentunya dasar Israel kepada Palestine.

Dan sudah beberapa kali dia menabur janji nak membentuk pendamaian dengan Palestine. Tak terkira kau tau tak. Tapi lepas tu, hampehh.

Netanyahu kini sedang berhadapan dengan beberapa tuduhan korupsi. Lantas AFP meramalkan bahawa ini adalah pengakhiran era kepada Bibi.

Netanyahu kini berhadapan pertuduhan termasuk: rasuah, penipuan dan juga pecah amanah.

Perdana Menteri berusian 70 tahun itu masih lagi mempertahankan dirinya dan menganggap semua itu dusta yang dilemparkan kepadanya.

Dan King Bibi sudah berikrar akan melawan berhabis-habisan pertuduhan tersebut. King Bibi juga menuduh bahawa polis dan sistem pengadilan di Israel sebagai berat sebelah menentang puak sayap kanan.

Bibi menyatakan perkara itu dalam beberapa siri ceramahnya kepada para penyokongnya.

Perbicaraan untuk kes King Bibi masih lagi tinggal sebulan. Jika Netanyahu didapati bersalah, proses hukuman dan juga mengambil kira proses rayuan mungkin akan memakan masa setahun.

AFP sekali lagi menegaskan bahawa karier politik Netanyahu kini berhadapan dengan cabaran paling besar.

Ramai pihak yang tak sehaluan dengan Bibi menuduh bahawa politik di Israel kini sedang mati kerana Netanyahu masih lagi kekal sebagai PM interim selepas pilihanraya yang inconclusive pada April dan September.

Parlimen kini hanya ada masa kurang 3 minggu untuk mencari calon yang boleh mendapat mandat separuh daripada 120 ahli parlimen. Ataupun Israel akan mengadakan satu lagi pilihanraya.

Kolumnis Amit Segal menulis: “Isu tidak bermoral dan juga dipersoalkan secara perundangan, situasi politik PM jelas sekali tenat. Peluang Benjamin Netanyahu nak dapatkan 61 kerusi hampir pasti musnah.”

 

Lawan utama Bibi ketika ini adalah Benny Gantz. Dan dia sedang mencari sokongan daripada beberapa ahli parlimen dari parti Likud. Jika mereka melompat parti, maka tidak perlu pening fikirkan pilihanraya baharu.

Gantz dengan terbuka menyuruh Netanyahu untuk meletak jawatan dan fokus kepada isu tuduhan korupsi.

Ramai media arus perdana di Israel juga semakin berani mengkritik  Netanyahu, senario yang jarang disaksikan sebelum ini. Di mana hanya beberapa media lidah rasmi pembangkang sahaja yang berani.

Tetapi King Bibi sudah menyatakan ikrarnya di TV.

“Apa yang sedang berlaku di sini sekarang ini adalah cubaan rampasan kuasa daripada Perdana Menteri,” jelas Netanyahu menuduh semua pihak termasuk polis dan mahkamah dilihat cuba menurunkannya daripada tahta.

Netanyahu kini memegang port folio Menteri Pertanian dan Kesihatan.

Netanyahu juga dituduh cuba melakukan sogokan selepas usaha beliau memberikan media hadiah bernilai beribu dollar bagi menulis perkara positif tentangnya dan menyokongnya sepanjang tempoh pertuduhan dan perbicaraan.

Antaranya adalah, kes yang digelar Kes 4,000. Di mana Netanyahu dikantoikan telah melakukan rundingan dengan pemilik bersama syarikat penyiaran gergasi di Israel iaitu, Bezeq agar menyampaikan berita positif tentang King Bibi menerusi Walla.

Sumber: AFP