Skim NFT Terry Alami Kerugian 99% Kerana Kejatuhan Nilai Kripto

Skim NFT legenda Chelsea John Terry sebenarnya telah mengalami kerugian 99 peratus nilai berbanding 90% yang dilaporkan sebelum ini.

Ianya menjadi satu lagi mangsa kepada kejatuhan kripto terkini yang jatuh harga

Terry, 41, yang kini menjadi perunding kejurulatihan di Chelsea, melancarkan token tidak boleh digunakan  atau NFT “Ape Kids Football Club” pada 2 Februari.

Pada bulan Mac, The Athletic melaporkan bahawa nilai token NFT bekas bek tengah itu telah menurun sebanyak 90 peratus.

Dan kini outlet berita itu mendakwa harga purata merosot 99 PERATUS dalam masa kurang daripada lima bulan.

Prestasi teruk itu membuatkan Terry telah diselar oleh banyak pihak dan Terry nampaknya telah memadamkan semua siaran media sosialnya yang berkaitan dengan token.

Mereka pada mulanya berdagang pada harga purata £539 selepas pelancarannya dan kemudian jatuh kepada £53 hanya sebulan kemudian.

Terry dikatakan sanggup membuka akaun Twitternya pada November 2021 dalam usahanya menyatakan kesungguhannya untuk mempromosikan token dalam taliannya itu.

Legenda Chelsea itu telah mengiklankan NFT yang dimilikinya, memaparkan kartun bayi monyet, di halaman Twitternya.

Dalam satu NFT yang dimiliki oleh bekas kapten England, seekor monyet biru – memakai lilitan kapten seperti Terry yang memakai lilitan itu sebanyak 580 kali untuk Chelsea – dikelilingi oleh beberapa trofi.

Tetapi kelab lamanya, Chelsea dan Premier League dilaporkan sedang menyiasat hak cipta tersebut selepas Terry dan Cole menggunakan lencana kelab dalam token yang dikongsi dalam talian serta piala Liga Perdana Inggeris.

Berpuluh-puluh pemain bola sepak dan selebriti telah berjaya ditarik oleh Terry menyertai skim NFT tersebut.

Bek kanan Chelsea semasa Reece James juga telah mempromosikan pembelian “Mutant Ape”nya sendiri, manakala Jack Wilshere, Willian dan Marco Verratti kesemuanya membantu Terry mempromosi NFT tersebut.

Bekas pemain Manchester United Wayne Rooney juga telah menyertai kegilaan NFT dengan menjual karya seni digital dirinya dengan harga £40 setiap satu.

Kejatuhan matawang kripto telah memberikan kesan kepada NFT yang dipromosi oleh John Terry. Dan dia dan rakan rakannya sedang menanggung kerugian 99%. Tapi mereka ni tak apalah, pemain bola dan bekas pemain bola yang kaya raya.

Bagaimana dengan orang perseorangan yang melabur dalam skim NFT tersebut?

Peminat sebelum ini turut menyelar John Terry yang terlalu galak mempromosi NFT tersebut. Mereka kecewa kerana Terry turut menggunakan Chelsea sebagai alat tunggangannya untuk kegunaan peribadi termasuk menggunakan logo Chelsea sesuka hati.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan