Skor Son Heung Min Dalam Latihan Ketenteraan Luar Biasa, Perfect 10 Dalam Menembak

Bintang Tottenham Hotspur telah menamatkan latihan ketenteraan khas beliau dan akan terus kembali ke London.

Perkara itu disahkan oleh kelab pada hari Jumaat. Son Heung Min diberikan latihan ketenteraan khas dua minggu walaupun menang pingat emas sukan Asia.

Ini adalah kali pertama Korea Selatan memperkenalkan sistem latihan ketenteraan khas 4 minggu ini untuk mereka yang berjasa kepada negara.

Sebelum ini pemenang pingat emas dalam sukan Asia untuk acara besar dan juga sebarang pingat di sukan Olimpik serta pencapaian cemerlang dalam Piala Dunia – akan diberikan pengecualian.

Tidak pasti latihan khas dua minggu ini akan terus terpakai kepada atlet yang berjasa selepas ini, ataupun memang pengecualian penuh akan diberikan kepada mereka yang tertentu.

Son Heung Min menggunakan masa yang ada ketika liga ditangguhkan untuk berlatih di kem tentera. Ianya adalah mandatori kepada semua lelaki Korea Selatan paling lewat 28 tahun.

Beliau yang baru pulih daripada kecederaan terus bergegas balik semula ke Korea Selatan untuk menyertai latihan tersebut.

Tahun ini merupakan tahu terakhir untuk batch yang lahir pada tahun 1992 untuk melaporkan diri ke dalam latihan ketenteraan.

Perancangan awal, Son Heung Min mahu menyertai latihan 4 minggu itu pada sesi kali ini.

Ini kerana latihan ketenteraan tersebut juga berpotensi untuk ditunda ke tahun hadapan. Tetapi mereka yang mendaftarkan diri pada tahun ini masih dikira dalam batch tahun ini.

Skor cemerlang

Son Heung Min ternyata membuktikan bakatnya dalam dunia ketenteraan. Di mana beliau menjadi top 5 di antara 157 peserta yang menyertai latihan khas 4 minggu ini.

Dan dilaporkan juga dalam disiplin menembak di lapang sasar, Son Heung Min mencatatkan rekod 10/10 ataupun perfect 10.

Memang padu betul Song Heung Min ni. Kejayaan itu mebolehkan beliau menerima anugerah khas sebagai pelatih cemerlang di dalam batch beliau.

Son juga cemerlang dalam pelbagai aspek yang lain termasuk ketika sesi latihan asas nuklear.

Pemain penting Spurs

Son Heung Min merupakan penyerang utama Spurs sejak menyertai mereka beberapa musim lalu.

Beliau membantu Spurs mara ke final UCL yang julung kalinya di dalam sejarah mereka pada musim 208/19, namun malangnya mereka tewas di tangan Liverpool.

Son Heung Min dianggap antara pemain Asia terbaik dalam beberapa musim ini. Beliau adalah penyerang yang terkenal dengan keupayaannya menyudahkan peluang dengan kaki kiri dan kanan yang sama kuat.

Son Heung Min merupakan pemain yang masih meningkat naik. Jika beliau gagal membantu negaranya memenangi emas Sukan Asia tempoh hari pastinya beliau akan berdepan masalah.

Di mana, pada peak prestasi beliau, Son terpaksa berlatih dua tahun di kem tentera. Dan keluar pun pada usia 30 tahun.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil