Skrip Penuh Insiden Rasis Pengadil Keempat PSG-Basakshehir Yang Dituduh Menyebut ‘Neg*o’

Pegawai keempat yang dituduh melakukan perkauman yang menyebabkan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di antara PSG dan Istanbul Basaksehir digantung sektika semalam.

Perlawanan tersebut terpaksa ditukar kepada hari berikutnya kerana para pemain enggan beraksi dengan pegawai tersebut bertugas.

Dalam aksi yang berlangsung pada sebelah harinya, PSG menang 5-1 ke atas Istanbul Basaksehir. Di mana Neymar dan Kylian Mbappe masing masing mencetak hatrik dan double. Pemain kedua dua pasukan berlutut tanda sokongan kepada BLM dan anti perkauman.

Dalam insiden hari sebelumnya perlawanan digantung seketika kerana pemain keluar padang protes tidak mahu bermain.

Ini kerana pegawai keempat dituduh menggunakan perkataan negro.

Di bawah Artikel 14 peraturan disiplin UEFA, yang terpakai kepada pegawai pertandingan dan juga pemain, menyatakan:

Setiap individu yang ‘menghina martabat manusia lain … dengan alasan apa pun, termasuk warna kulit, bangsa, agama, asal etnik, jantina atau orientasi seksual’, Akan dikenakan larangan sekurang-kurangnya 10 perlawanan.

Kejadian itu dikatakan berlaku setelah Coltescu mengadu kepada pengadil utama tentang penolong pengurus Istanbul Basaksehir iaitu Pierre Webo.

Pengadil pertama, Ovidiu Hategan, juga dari Romania, cuba meneliti tentang perkara itu, dan Coltescu menunjuk kepada Weibo dengan merujuk penolong pengurus itu dengan berkata: “Yang hitam [negru – hitam dalam bahasa Romania] di sana. Pergi dan periksa siapa dia. Yang hitam di sana, tidak mungkin bertindak seperti itu. ”

Webo yang bengang terus berkali kali mempersoalkan kenapa pegawai tersebut menggunakan perkataan negr*.

Pemain gantian, Demba Ba bersemuka dengan Coltescu dan bertanya mengapa dia menggambarkan Webo dengan merujuk pada warna kulitnya.

“Kamu tidak pernah mengatakan ‘lelaki putih ini’, kamu akan mengatakan ‘lelaki ini’.”

“Jadi mengapa apabila kamu menyebut lelaki kulit hitam, anda harus mengatakan ‘lelaki hitam ini?,” tegas Ba.

Skrip kejadian

Seorang wartawan Romania yang mengikuti rapat perkembangan kes ini telah menterjemahkan skrip insiden tersebut,

Berikut adalah translasinya:

min 9:15 – Okan kecewa dengan kad kuning diberikan pengadil di atas padang. Okan menjerit: “Faul pertama! Faul pertama! Ini bukan bola keranjang.

Coltescu, pengadil keempat, cuba bersemuka dengan Okan Buruk (pengurus Istanbul Basaksehir). Okan berkata kepada Coltescu: “Ini bukan Romania! Kami datang dari Turki!”

Coltescu bercakap menerusi alat komunikasi: “Tavi [pembantu pengadil], aku dah cakap dah, mamat ni sangat nakal!”

“Berikan dia kad, yang hitam tu! Mana boleh buat macam tu! Cepat pergi tengok siapa dia! Yang hitam kat sana tu! Tak boleh buat macam tu”

Sovre [pembantu pengadil] menunjukkan ke arah tempat duduk pemain Basaksehir, dan dia mencadangkan agar Hategan melayangkan kad kepada Webo.

Pemain mula mengherdik Coltescu. Webo marah dengan perkataan negro yang digunakan.

Coltescu sebenarnya menggunakan perkataan negru, dalam Romania merujuk kepada warna hitam dan bukannya indikasi kepada makna negro – perlecehan kepada orang kulit hitam.

Webo berkali kali bertanya dengan marah:  ‘why you say ‘negro’? why you say ‘negro’?’

Hategan cuba menenangkan keadaan. Pengadil memberitahu bahawa dalam bahasa Romani, negru bermakna warna hitam bukan merujuk kepada negro.

Demba Ba tampil. Okan juga menghangatkan lagi keadaan dan protes kepada pengadil.

Demba Ba tidak berpuas hati kerana pembantu pengadil merujuk Webo dengan warna kulitnya.

Coltescu cuba memberitahu pemain PSG sebenarnya dia hanya merujuk kepada warna untuk identiti individu dan bukan menghina. Sama macam orang cakap si panjang, si putih melepak dan sebagainya.

min 14:40 Okan: “Di negara kami Romania adalah gypsy! Tapi aku tak boleh panggil kau gypsy”

Sebagai nota: Gypsy meruju kepada orang Romania yang bertaburan secara berpindah-randah kebanyakannya di benua-benua Eropah dan Amerika; mereka didapati berasal dari utara subbenua India utara – merangkumi rantau Rajasthan, Haryana dan Punjab di India moden.

Kependudukan masyarakat ini paling tertumpu terutamanya di Eropah Tengah, Timur dan Selatan (termasuk Turki, Sepanyol dan Perancis Selatan).

Masyarakat ini sering dikenali umum sekurang-kurangnya ketika zaman dahulu dengan nama Gipsi (Gypsy); walhal sesetengah golongan yang disasarkan ini menganggap ia istilah yang kasar atau merendahkan kerana konotasi ia dengan perwatakan pendatang haram dan ketidakteraturan.

min 15:25 Suara seseorang: “Ini Champions League, bukan Romanian League”

min 15:28 Pengadil Hategan: “Saudara, kami cuma bercakap Romania sesama kami.”

min 15:35 Mbappe menyuruh Hategan halau Coltescu: “Get him out!”

min 15:50 Hategan cuba menjelaskan kepada Demba Ba bahawa Negru adalah warna dalam bahasa Romania. Demba Ba sangat marah kerana Coltescu mengidentifikasi Webo dengan warna.

min 16:05 Demba Ba meminta kesemua rakannya meninggalkan padang

min 16:13: Mbappe kepada Hategan: “Halau [Coltescu] keluar!”

min 16:27 Okan memberitahu Coltescu: “Mereka semua tidak menerima kamu, kami tak mahu kamu. Kamu seorang rasis. Kami tak mahu kamu.”

min 16:60 Demba ba berkata: “Ref! Ketika dia bercakap tentang orang putih dia berkata ‘lelaki ini’, tetapi jika dia tengok orang kulit hitam dia kata ‘negro’ ini

min 17: Hategan cuba menjelaskan kepada Okan dan Demba Ba bahawa Coltescu bukan sebut Negro tetapi negru.

min 17:29 Gulbrandsen kepada Tuchel: “Dia membuat komen rasis! Dia sebut tadi!” – ketika Tuchel meminta pemainnya meneruskan perlawanan.

min 18:03 Hategan memberitahu Neymar, negru dalam bahasa Romania merujuk kepada warna bukan penghinaan rasis.

min 18:06 Demba Ba bersemuka dengan Coltescu: “Kenapa kamu berkata macam ni? Dan berkata this black guy? Kamu tak kata benda yang sama apabila melibatkan white guy [orang putih]!”

min 18:47- Pegawai UEFA turun dan bercakap dengan Hategan dan Coltescu.

Hategan: “Sebi [Coltescu], kau bagitau mereka apa sebenarnya kau cakap.”

19:15. Coltescu: “Negru bermaksud warna hitam.”

min 19:37 – Demba Ba meminta kesemua rakannya meninggalkan padang, ketika pengadil sedang bercakap dengan pegawai Basaksehir dan pegawai UEFA.

Min 20:55 Coltescu menerangkan kepada Leonardo (Sporting Director PSG), namun Okan mencelah: “Kamu rasis, kamu rasis, kamu sebut negro tadi, kamu rasis!”

min 21:30 Okan kepada Coltescu: “Kamu nak buang dia [bagi kad disiplin kepada Webo] kerana warna, ya!”

min 21:43 suara herdikan dalam bahasa Sepanyol:  “Hablamos mucho! La puta!” [kita cakap banyak sangat ni sundal]

min 22:00 suara bahasa Romania, mungkin Coltescu: “Itu [negru] bahasa seharian dan biasa.”

min 22:15 Pemain Basaksehir meninggalkan padang ada menjerit: “F* off!” dan satu lagi berkata: “Kau kena hormat orang! Ini bola sepak!”

min 22:45 kedua dua pasukan keluar padang. Hategan memberitahu Leonardo: “Kami tunggu 10 minit. Kita akan kembali sambung aksi jika mereka mahu meneruskan perlawanan.”

Leonardo berkata: “Entahlah, saya tak tahu.”

Seorang penyokong PSG dari Romania mendakwa Coltescu menggunakan bahasa negru dan ianya memang tidak membawa kepada konotasi perkauman di Romania.

Malah di Romania ada kumpulan muzik bernama ALB NEGRU – bermaksud Putih Hitam.

 

Namun seorang lagi peminat menyatakan Coltescu sepatutnya tidak menggunakan bahasa Romania kerana penerimaan orang yang tak faham adalah berbeza.

Tetapi ada juga menyanggah menyatakan, sudah menjadi kebiasaan pengadil berbicara bahasa mereka dalam pengendalian perlawanan. Sama juga jika pengadil Turki, Sepanyol dan sebagainya.

UEFA biasanya memilih set pengadil daripada negara yang sama untuk memudahkan mereka berinteraksi.

Sumber: Emanuel Rosu

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan