Slipknot Beraksi Di Singapura Mac 2020

Pemenang Grammy Award – Slipknot mengesahkan mereka akan kembali semula ke Singapura untuk beraksi di Singapore Rock Festival II in 2020.

Festival tersebut akan bertempat di Fort Canning Park. Kumpulan Metal, Slipknot akan beraksi pada 24 Mac 2020.

Selain daripada Slipknot, kumpulan rock legenda dan otai, Scorpion serta Whitesnake juga akan beraksi. Namun 2 kumpulan tersebut akan beraksi pada malam pembukaan 4 Mac 2019.

Slipknot  bukannya nama asing bagi peminat muzik keras. Mereka ditubuhkan pada 1995, diketuai oleh Corey Taylor.

Dikenali dengan aksi yang sangat bertenaga di atas pentas, Slipnknot memiliki peminat mereka yang tersendiri.

Kumpulan yang berasal dari Iowa ini pastinya dikenali dengan topeng bertemakan horror.

Slipnknot dianggotai oleh 9 orang. Album terbaru mereka adalah pada Ogos lalu, berjudul We Are Not Your Kind, telah menjadi hits di USA dan beberapa negara lain termasuk di Britain.

Slipknot merupakan kumpulan yang dicalonkan dalam 10 Grammy dan pernah dinobatkan sebagai Best Metal Band Performance pada 2006 menerusi lagi Before I Forget It.

Tiket untuk acara tersebut bermula pada $158 dijual di Sistic

Baca yang lain