Sneijder: Saya Mampu Setaraf Messi & Ronaldo, Namun Saya Tak Nak Korbankan Keseronokan

Wesley Sneijder mendakwa dia mungkin berada dalam kelompok elit yang sama seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Namun dia menyatakan kelemahannya adalah terletak pada dirinya sendiri.

Bekas pemain tengah Belanda itu menikmati karier cemerlang dan bermain bersama kelab besar seperti Ajax, Real Madrid dan Inter.

Pada tahun 2010 beliau mengalahkan Messi dan Ronaldo, dengan pasukan Inter – mengalahkan Barcelona di separuh akhir Liga Juara-Juara dalam perjalanan menuju kejuaraan.

Beliau juga membantu Oranje mara ke final Piala Dunia, di mana mereka kalah di tangan Sepanyol.

Di sebalik kejayaan itu, Sneijder dinafikan untuk memenangi Ballon d’Or pada tahun itu, dengan hadiah diberikan kepada Messi.

Keputusan itu agak kontroversi, di mana pemerhati menganggap ia adalah tidak adil terhadap pemain tengah virtuoso itu.

Mourinho baru baru ini menyatakat dia terkejut dengan kegagalan pemain seperti Sneijder untuk memenangi Ballon d’Or – malah tidak berada dalam top 3 sekalipun.

Dalam kariernya, Sneijder gagal memenangi sebarang Ballon d’Or, manakala Messi dan Ronaldo, yang telah berkongsi 11 kemenangan Ballon d’Or di antara mereka.

Tetapi Wesley Sneijder menegaskan bahawa beliau mampu untuk mencapai status tertinggi seperti Messi dan Ronaldo. Cuma dia tak mampu komited dari segi gaya hidup.

Beliau tak sanggup mengorbankan perkara yang dianggapnya sebanyak nikmat kehidupan atau ke seronokan.

Itu yang membezakan beliau dengan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Di mana kedua dua pemain itu sangat menjaga diet dan sebagainya.

Sneijder tak mampu berpisah dengan wain sekalipun.

“Saya boleh menjadi seperti Messi atau Ronaldo. Tetapi tidak dapat merasainya,” kata pemain berusia 35 tahun itu kepada wartawan Sky Sport, Gianluca Di Marzio.

“Saya mahu menikmati hidup saya, mungkin saya minum segelas wain semasa makan malam.”

“Leo dan Cristiano berbeza, mereka telah banyak berkorban, dan saya baik baik sahaja.”

“Namun, kerjaya saya masih menakjubkan.”

Kecederaan dan kekurangan minit perlawanan menyaksikan bintang itu kehilangan tempatnya di bahagian tengah Inter.

Dan pada tahun 2013 ia dijual kepada gergasi Turki Galatasaray.

Dia terus menghabiskan empat setengah musim di Super Lig, memenangi dua gelaran untuk menambah koleksi trofi beliau yang mengagumkan.

Sneijder akhirnya menggantung but pada tahun 2019 setelah bermain tidak lama di Nice dan Al-Gharafa, pada usia 34 tahun.

Namun, dia mengakui tetap mengikuti perkembanga Inter secara dekat, dan yakin Christian Eriksen akan memberikan pengaruh besar pada pasukan tersebut.

“Conte memiliki skuad besar dan, dengan Eriksen dalam pasukan, dia akhirnya dapat membuat loncatan dari segi kualiti. Christian berjaya melakukan tugasnya dengan baik di Ajax dan kemudian di Tottenham, “tambahnya.

“Sekarang, dia harus memantapkan dirinya di Itali. Dia memiliki banyak kualiti, dengan ciri-cirinya, dia dapat dengan mudah menjadi salah seorang pemimpin dalam kelompok baru.”