Filem Snowden ni memang terbaik. Kisah whistleblower (pemecah rahsia salah laku) paling dikehendaki USA selepas kenyataan beliau dikeluarkan The Guardian satu ketika dahulu.
Orang yang telah berjasa kepada seluruh manusia di bumi ini yang hidup dengan teknologi.
Sanggup tak korang buat benda yang menyusahkan hidup korang untuk menyenangkan dan memperjuangkan hak manusia lain?
Edward Snowden tinggalkan kemewahan dan hidup dalam perlarian demi mendedahkan ‘game’ di sebalik NSA.
Apa Snowden buat?
Snowden mendedahkan bagaimana privasi kita semua diceroboh dan diintai tanpa pengetahuan atau pengetahuan kita semua daripada media sosial, google search, kamera laptop dan sebagainya.
Pernah tak korang terfikir sebenarnya komputer korang ada webcam tu merakam kesemua benda ada di depannya walaupun korang dah tutup / turn off.
Snowden ni lah yang membuatkan kita sedar bahawa privasi kita sebenarnya dicabuli dengan teruk.
Memang kita tahu benda ni memang tak akan clean. Tapi at least Lepas Snowden bongkar semua ni, kita ada kesedaran.
Kisah diselit dengan cinta sejati girlfriend dia Lindsay Mills yang sentiasa di belakang Snowden walaupun dia tak tau apa sebenarnya membuatkan snowden jadi paranoia dengan kamera dan segala macam privasi socmed.
Lepas tonton movie ni korang follow ig awek dia Lsjourney. Jangan lupa belek article berkaitan di internet.
Anda patut berterima kasih kepada Edward Snowden ni sebab selepas itu Obama melarang pencerobohan data oleh NSA, kononnya la.
Filem ini ditayangkan pada 2016, dan ianya berdasarkan kisah benar.
Sejak berakhirnya Perang Dunia II, Amerika Syarikat telah mencanang bahawa mereka adalah hero dalam memimpin dunia untuk mewujudkan dunia yang lebih baik dan harmoni.
Amerika Syarikat telah mengiktiraf mereka merupakan juara demokrasi serta negara yang sentiasa murah hati untuk membantu negara lain yang sedang bergolak.
Namun sejarah berkata lain; peristiwa Perang Dingin dengan Uni Soviet (kini Rusia), Perang Korea, Krisis Misil Kuba, Perang Vietnam, Pembunuhan JFK, Skandal Pentagon Papers, Skandal Watergate, 9/11, Perang di Afganistan, Iraq dan Syria, semuanya adalah daripada Amerika Syarikat.
Dalam filem ini anda akan melihat beberapa benda yang anda tak terfikir langsung. Apa yang dilakukan Amerika Syarikat bagi mencetuskan perang saudara di kalangan masyarakat di dalam negara. Dan mereka tampil sebagai hero pendamai, kononnya.
Fokus cerita film Snowden (2016) yakni tentang perjalanan Edward Snowden, dari seorang perajurit, beliau beralih profesional kepada pakar komputer di C.I.A. dan N.S.A.
Snowden merupakan pegawai teknologi yang sangat cerdas dan membolehkannya menjadi rekrut kesayangan Amerika Syarikat.
Semakin lama dia bekerja di situ semakin dia melihat kebobrokan dan permainan kotor Amerika Syarikat. Paling teruk privasi orang awam pun diintip sampai ke bilik tidur.
Ianya bermula apabila dia bercakap dengan seorang pegawai komputer yang hanya membuka Facebook untuk mencari orang yang dia mahukan dan dari situ algoritma akan membawanya kepada talian dengan pengguna Facebook lain.
Protection? Invasion of privacy? You decide. See Snowden now on Blu-ray: https://t.co/fI7QLHEAVn pic.twitter.com/0Aq0ukFFbw
— Snowden Movie (@SnowdenTheMovie) January 3, 2017
Dia mulai hidup dalam paranoia. Nak bermesra dengan teman wanitanya pun terus hilang mood apabila terlihat kamera pada webcam di rumahnya.
Snowden akhirnya memutuskan untuk membongkar perkara ini dan menjadi whistleblower. Di sini dia telah cuba untuk mencuri data daripada NSA untuk diserahkan kepada media.
Snowden mahukan pembongkaran itu dibuat secara besar besaran.
Edward Snowden was no ordinary CIA officer. See Joseph Gordon-Levitt as Snowden, Now on Blu-ray. https://t.co/fI7QLHEAVn pic.twitter.com/MuFvQVVe8i
— Snowden Movie (@SnowdenTheMovie) December 28, 2016
Hidupnya berubah 180 darjah. Daripada pegawai teknologi yang hidup senang memiliki wanita yang cantik. Kini dia hidup dalam pelarian dan mencari perlindungan di negara luar.
Edward Snowden yang sebenar ada muncul pada babak akhir filem ini ketika satu persidangan.
Plot cerita agak meleret sebab pengarah cuba menerangkan dengan se-detail mungkin benda yang sukar kepada audien. Tetapi untuk orang macam aku, gua ok.
Dari segi perkembangan karakter, ianya memang tak akan lari la sebab ia berdasarkan kisah benar.
Cuma dalam filem ini ianya sedaya upaya menampakkan filem ini ala dokumentari.
Filem ini sendiri ditulis jalan ceritanya berdasarkan temu ramah sulit Snowden dengan The Guardian.
Satu dokumentari sebenar dan temu ramah itu diterbitkan dengan Snowden sendiri bercerita dengan wartawan, tajuknya Citizen Four.
Ini pun sangat recommended. Citizen Four memang dokumentari namun mereka pula yang cuba memasukkan unsur-unsur sinematografi filem.