SOAD: Band Metal Unik Kerana Lirik, Muzik Dan Falsafah

Sistem A Down (SOAD) adalah band metal dari Amerika Syarikat. Gaya muzik System A Down agak unik.

Mereka mengekalkan elemen metal 90-an dengan dram double pedal namun disuntik dengan banyak elemen rock alternatif termasuk adanya unsur ala ska, balada, punk dan muzik timur tengah.

Ini yang menjadikan muzik mereka sangat menarik dan seperti korang berada di satu pusat penghubung metal 90-an dengan nu metal. Imej dan penampilan mereka adalah neo-gothik.

Walaupun mereka berpangkalan di Amerika Syarikat, kumpulan ini ditubuhkan oleh 4 anak muda berdarah Armenia. Mereka ialah:

  • Serj Tankian: Vokal, keyboard
  • Daron Malakian. : Gitar, vokal
  • John Dolmayan: Drum
  • Shavo Odadjian: Bass

Awalnya mereka digelar Soil. Namun ianya menjadi SOAD, selepas berlaku perubahan line up dan kira maca penjenamaan semula la.

Awal Penubuhan

Serj Tankian dan Daron Malakian kedua-duanya bertemu pertama kali pada 1992 dan membentuk band Soil.

Mereka berdua sebenarynya alumni sekolah orang Armenia iaitu Sekolah Rose & Alex Pilibos. Namun tak pernah berjumpa ketika di sekolah.

Tankian menjadi vokalis dan keyboardist, Dave Hakopyan bermain bass, dan Domingo “Dingo” Laranio bermain dram.

Soil melantik seorang lagi alumni Sekolah Rose & Alex Pilibos iaitu Shavo Odadjian. Dan Shavo sendiri pernah bermain menjadi rhythm guitarist untuk Soil.

Pada 1994, Hakopyan dan Laranio meninggalkan band Soil. Selepas kumpulan berpecah, Tankian, Odadjian, dan Malakian menubuhkan System of a Down.

System Of A Down

Nama kumpulan yang diinspirasikan daripada sajak nukilan Malakian berjudul “Victims of a Down”.

“Victims” ditukar kepada “system” kerana menurut Odadjian, nama itu akan lebih menarik peminat.

Odadjian kemudian bertukar daripada gitaris kedua kepada gitaris bass. Beliau melepaskan jawatan sebagai pengurus dan SOAD melantik David “Beno” Benveniste sebagai pengurus baharu.

SOAD merekrut drummer Ontronik “Andy” Khachaturian – kawan Malakian – sebagai drummer baharu. Namun selepas mengalami kecederaan, Ontronik mengundur diri dan digantikan dengan John Dolmayan.

SOAD merakamkan lagu pertama mereka di studio profesional berjudul Hye Enk (Kami orang Armenia).

SOAD banyak melakukan persembahan di sekitar California. Akibat ketika itu sedang berada dalam satu transisi kepada Nu Metal, maka ramai penerbit mencari bakat baharu.

Nama SOAD ini sangat popular di kalangan peminat indie rock / underground di California.

Album Sulung

Akhirnya mereka berjaya mendapatkan kontrak dengan syarikat Columbia. Album EP mereka keluar pada 1998, yang menggunakan nama kumpulan mereka sendiri.

Lagu mereka cepat sekali mendapat sambutan hangat apabila menjengah ke arus perdana. Ini kerana lagu mereka mengketengahkan idea yang agak radikal dan unik dengan sentuhan muzik Armenia.

Lirik mereka banyak berkaitan dengan kelas pekerja, golongan marhaen dan kritikan ke atas politik.

Serj Tankian dikenali dengan kelantangannya dalam bersuara mengenai isu politik. Lirik lirik yang berbaur politik, kebanyakan daripada beliau.

Serj Tankian menggunakan SOAD untuk memberikan kesedaran kepada genocide terhadap etnik Armenia.

Selain itu SOAD juga banyak menulis lirik yang berkaitan dengan isu perang, globalisasi, alam sekitar, keganasan, korupusi dan juga kapitalis.

Serj Tankian memiliki ideologi politik Noam Chomsky. Serj Tankian dengan bekas pemain gitar Rage Against The Machine, Tom Morello mengasaskan NGO Politik, Axis of Justice yang mengutuk pimpinan Bush.

Muzik Yang Semulajadi

Muzik mereka sangat semulajadi. Tiada kawalan, tiada ketakutan kepada mana-mana pihak untuk menyuarakan apa yang terbuku dengan gaya dan nada keras ataupun melankolik.

Lagu-lagu mereka banyak dikarang oleh Daron Malakian dan Serj.

Kalau korang masih ingat, SOAD merupakan band yang paling lantang mengkritik serangan dan pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq dan Afgahnistan.

Mereka terang-terangan mengutuk pentadbiran George Bush ketika itu. Misalnya dalam lagu seperti War, Chop Suey!, Soldier Side, Boom !!, BYOB, dan sebagainya.

Selepas album self-titled yang agak kontroversi, SOAD mengeluarkan album kedua mereka pada 2001 iaitu Toxicity.

Album ini menjadikan SOAD dikenali ramai di seluruh dunia. Lagu “Chop-Suey!” antara yang sangat popular di kalangan peminat muzik.

Lagu lain yang panas ketika itu adalah Aerials yang mendayu dayu. Lagu “ATWA” menyeru manusia untuk menyelamatkan Air, Pokok, Air dan Haiwan.

Kulit album dipilih oleh SOAD adalah bukit Hollywood dengan tulisan System Of A Down.

Steal This Album

Album ketiga berjudul Steal This Album. Di dalam album tidak ada lirik atau gambar.

Album ini dikeluarkan pada tahun 2003 sebagai tindak balas terhadap cetak rompak lagu mereka di internet.

Namun tidak nampak langsung SOAD merajuk apabila anda mendengar album ini. Mereka masih menghasilkan naskah berkualiti. Lagu Boom terus mengutuk George Bush.

Cuma mesej mereka jelas, karya mereka perlulah dihargai bukannya dirompak.

Lihat senarai trek dalam album ini, memang padu dan melekat beb!

Album keempat dan kelima adalah “Mesmerize”  pada 2005, sementara “Hypnotize” dikeluarkan pada akhir tahun 2005.

Sampulnya sama, dalam bentuk imej yang dibuat oleh ayah Daron. Lagu yang hits dari 2 album ini adalah “BYOB” atau Bawa Bom Anda Sendiri.

BYOB Naskah Keras

BYOB telah dijadikan Bring Your Own Bomb oleh SOAD dalam lagu mereka. Di mana mereka menganggap Amerika Syarikat sedang menikmati perang.

Dalam lagu ini Daron kepada Serj yang berterusan bertanya “mengapa mereka sentiasa menghantar orang miskin?!” “B.Y.O.B.” pergi “bawa bom sendiri” dan ini adalah mesej lagu itu.

Menganggap perang seperti satu pesta dan bawa botol sendiri untuk minum. Namun ini bawa bom sendiri.

Ianya adalah kemarahan kepada kebobrokan Presiden AS yang sentiasa menghantar orang miskin pendidikan, miskin wang, untuk melaksanakan misi perang mereka.

Mereka yang merembat minyak orang dengan menceroboh negara orang, mereka juga yang melaungkan Freedom!

Bahagian terbaik lagu ini pasti apabila Daron menjerit: “Letusan (bom), ini masa parti, dan kita semua tinggal di negara fasis.”

SOAD mengkritik propaganda Amerika Syarikat. Dan sedari kecil anak – anak muda Amerika Syarikat disogokkan oleh ibu bapa dengan info tak betul yang kebanyakannya bersumberkan dari media mereka sendiri.

Korang hayati lirik di bawah ni:

Why do they always send the poor?

Barbarisms by barbaras
With pointed heels
Victorious victorious kneel
For brand new spankin’ deals

Marching forward hypocritic and
Hypnotic computers
You depend on our protection
Yet you feed us lies from the tablecloth

Everybody’s going to the party, have a real good time
Dancing in the desert, blowing up the sunshine

Kneeling roses disappearing into
Moses’ dry mouth
Breaking into fort knox stealing
Our intentions

Hangers sitting dripped in oil
Crying freedom
Handed to obsoletion
Still you feed us lies from the tablecloth

Everybody’s going to the party, have a real good time
Dancing in the desert, blowing up the sunshine

Everybody’s going to the party, have a real good time
Dancing in the desert, blowing up the sunshine

Blast off!
It’s party time!
And we don’t live in a fascist nation!
Blast off!
It’s party time!
And where the f* are you?

Where the f* are you?
Where the f* are you?

Why don’t presidents fight the war?
Why do they always send the poor?

Why don’t presidents fight the war?
Why do they always send the poor?

Why do they always send the poor?
Why do they always send the poor?
Why do they always send the poor?

Video Clip Boom dan BYOB pernah memenangi angurah video klip metal terbaik pada anugerah muzik MTV 2004 dan 2005.

Album Hypnotize mengandungi 12 lagu dan juga beberapa karya seni dari Vartan Malakian, bapa gitaris SOAD, Daron Malakian.

Pertalian 2 Album

Penutup album akan direka bagi menjadikannya penghargaan yang sempurna untuk album sebelumnya, Mezmerize.

Hubungan antara kedua-dua album korang akan rasa.

Kedua-dua album ini, Mezmerize dan Hypnotize disambungkan dengan lagu Soldier Side menjadi intro untuk album Mesmerize dan kemudiannya, menjadi lagu penutup pada album Hypnotize.

2 album ini memang lebih keras daripada sebelum ini. Namun ianya tetap seperti naskah SOAD yang lain, keras dan sedap di telinga.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi