Solskjaer Dedah Ada Bintang United Enggan Jadi Kapten, Dan Akui Maguire Kapten Yang Bagus

Ole Gunnar Solskjaer mendendahkan bahawa ada beberapa pemain di Manchester United yang menolak untuk menjadi ketua pasukan. Ini kerana mereka tidak mahu terbeban dengan tanggungjawab seperti berhadapan dengan media.

Sebelum ini ramai peminat United mempersoalkan pemilihan Harry Maguire sebagai kapten. Dan jawapannya akhirnya terbongkar. Ini apabila Solskjaer terbuka menyatakan bahawa ada beberapa pemain bintang yang tidak mahu menjadi kapten.

Solskjaer memberitahu, ada pemain yang selektif untuk menjadi kapten, mereka tidak mahu menjadi kapten untuk beberapa perlawanan tertentu. Itu benar benar mengejutkan.

Ini kerana jawatan kapten kelab seperti United adalah impian ramai pemain. Namun generasi baharu ini pula mahu mengelaknya atas alasan yang remeh.

Mereka malah tidak mampu menolak tawaran menjadi kapten itu dengan mulut mereka sendiri. Mereka menyuruh orang lain menjadi wakil.

“Walaupun tiada pemain yang berkata ‘tidak’ untuk menjadi kapten namun mereka tidak mahu menjadi kapten dalam beberapa perlawanan.

“Ya mereka tidak berani berkata sendiri perkara itu. Mereka menyuruh orang lain yang datang berjumpa dengan saya dan wakil memberitahu saya akan perkara itu. Ianya benar benar mengecewakan,” tegas legenda United itu.

Solskjaer kemudian mengakui bahawa generasi Z berbeza dengan generasi terdahulu.

“Ini generasi yang berbeza. Ianya kelakuan yang remeh dan menunjukkan diri mereka tiada cita cita,” tambah Ole lagi.

Pemain pemain United ini bukan sahaja menolak peluang untuk menjadi kapten, namun tidak mahu berdepan dengan wartawan yang memberikan banyak soalan panas pada sidang media sebelum perlawanan.

Solskjaer menambah:”Ramai pemain yang tidak mahu berada di sidang media sebelum perlawanan. Kerana kena jawab 3 soalan.

“Kamu harus memilih Bruno Fernandes dia sanggup pergi, Harry Maguire sentiasa sanggup melakukannya, Victor Lindelof pergi, David pergi, Luke Shaw pun pergi.

“Pemain pemain lain pula risau dengan soalan yang mereka kena jawab. Jadi mereka enggan melakukannya. Kamu risau dengan reaksi keseluruhan mjngkin namun kamu harus mengambil kira isu kesihatan mental pemain.”

Seterusnya Solskjaer menyatakan bahawa dia sangat menghargai Harry Maguire kerana pemain itu.

“Saya sangat suka Harry menjadi kapten. Dia adalah pemimpin dalam kumpulan itu ketika saya berada di kelab. Cara dia mengendalikan segalanya yang menimpa dia ketika di Manchester United adalah terpuji. Itu adalah tipikal pemain yang saya suka,” jelas Ole.

Bercakap tentang Bruno Fernandes, Ole sudah lama tahu pemain itu ada ciri ciri kapten. Cuma kadangkala dia terlalu bersemangat dan menjadi emosi dah gagal mengawal dirinya.

Baca yang lain