Solskjaer Kongsi Cerita Dia Ubah Budaya Di Kantin Besiktas

Ole Gunnar Solskjaer kekal dengan pendiriannya bahawa setiap orang harus dilayan sama rata di dalam pasukan mereka. Ini termasuk ketika di kantin.

Ole akui  terkejut dengan beberapa budaya di kantin kelab itu. Pertamanya, ketika dia sudah habis makan, dia dapati staf kantin tidak membenarkannya mencuci pinggan yang dia pakai.

Sebaliknya ada mak cik kantin yang segera datang dan membersihkan meja dan mencuci pinggan dan cawan yang dia gunakan. Solskjaer bertanya kepada mak cik kantin tersebut kenapa mereka kena bersihkan pinggan?

Ini kerana menurutnya, setiap staf  itu ada perannan masing masing. Mak Cik Kantin dan tukang masak bukan tukang cuci pinggan atau meja tempat orang makan.

Solskjaer terus mengubah budaya itu. Di mana setiap orang harus mencuci pinggan mereka sendiri selepas makan. Peraturan untuk semua pemain senior dan akademi.

Solskajer berkata: “Selepas saya habis makan, mereka tidak benarkan saya  cuci pinggan saya sendiri. Kemudian ada staf wanita datang tolong saya bersihkan pinggan dan lap meja.

“Dan saya persoalkan, perlu ke seseorang jadi waiter kita? Mereka bukannya pelayan [waiters] di kedai makan. Kenapa mereka harus membersihkannya untuk orang lain. Kita sebagai jurulatih, pemain boleh uruskan sendiri benda tu,” tegas pengurus itu.

Seterusnya Solskjaer lagi geleng kepala apabila pemain pemain senior tidak mahu bercampur dengan pemain akademi ketika di kantin. Mereka ada port sendiri dan tidak menerima  kalau ada pemain muda berada di tempat duduk yang dah mereka cop.

Menurut Solskjaer di kantin pasukan, semua orang bebas untuk duduk di mana sahaja. Dan dia mahukan semua pemain bercampur serta bersosial antara satu sama lain.

“Jika saya terpaksa mengikut budaya mereka, mereka pun kena ikut budaya saya. Dan bersama sama kita akan dapat mencari makna emas yang kita cari.

“Saya rasa kami sudah menemui caranya. Dan saya faham sekarang bahawa saya bukannya orang yang membuat keputusan akhir dalam organisasi.”