Son Heung Min Turut Terlibat Latihan Nuklear

Penyerang Spurs, Son Heung Min sah menyertai latihan ketenteraan khusus selama 4 minggu.

Son tidak perlu menjalani latihan penuh 21 bulan kerana kejayaan beliau membantu negaranya memenangi pingat emas Sukan Asia di Palembang, Indonesia.

Sebelum ini terdapat laporan menyatakan pemenang pingat emas bola sepak dikecualikan daripada latihan ketenteraan.

Ianya tidak berlaku, kerana Sukan Asia bukannya Sukan Olimpik ataupun Piala Dunia.

Namun mereka hanya perlu menghadiri latihan khas selama 4 minggu sahaja.

ESPN dimaklumkan bahawa, antara latihan yang akan dilalui Son Heung Min adalah latihan dengan gas pemedin mata.

Seterusnya beliau juga akan menyertai fire drill yang sebenar. Dan satu lagi latihan yang perlu beliau jalani adalah kawad kaki sejauh 30km.

3 minggu merupakan latihan yang intensif, menurut pegawai Marin yang dihubungi oleh ESPN.

Son memutuskan untuk menyertai latihan ketenteraan bagi sesi kali ini, kerana EPL yang digantung sementara kerana koronavirus.

Beliau terbang balik ke Korea Selatan selepas meminta izin daripada kelab.

Latihan khas 4 minggu

Ini merupakan kali pertama adanya latihan ketenteraan khas 4 minggu untuk rakyat Korea Selatan.

Ia berikutan ramai rakyat mereka yang berkarier di luar negara menghadapi kesukaran untuk menjalani 21 bulan latihan ketenteraan.

Walaupun singkat, Son Heung Min tetap perlu memastikan dirinya lulus dalam semua disiplin termasuk pendidikan, combat drills. Dan paling mustahak adalah latihan kimia, biologi, radiologi dan nuklear.

Beliau perlu tahu asas tentang nuklear. Lain macam latihan ni.

Son kembali

Pemain Spurs itu perlu segera kembali ke Korea Selatan walaupun baru pulih daripaa cedera. Ini kerana beliau sudah dimaklumkan akan perkara itu.

Kerajaan Korea Selatan sudah memaklumkan kepada Tottenham Hotspur akan perkara itu.

Tahun ini merupakan tahu terakhir untuk batch yang lahir pada tahun 1982 untuk melaporkan diri ke dalam latihan ketenteraan.

 

 

Son Heung Min masih dalam tempoh pemulihan daripada kecederaan. Namun latihan itu bukanlah latihan yang berat untuk mereka yang diberikan pengecualian khas daripada latihan penuh.

Sumber yang sama juga mendedahkan, Son Heung Min perlu mengesahkan namanya dahulu untuk menyertai latihan ketenteraan.

Ini kerana latihan ketenteraan tersebut juga berpotensi untuk ditunda ke tahun hadapan. Tetapi mereka yang mendaftarkan diri pada tahun ini masih dikira dalam batch tahun ini.

Doktor di kem tentera, pusat latihan Son Heung Min sudah menyatakan bahawa mereka tahu pemain itu baru sembuh daripada patah kaki.

Dan mereka sentiasa bersedia untuk membantu Son Heung Min apabila perlu.

Son Heung-min, menglami kecederaan patah tangan ketika berhadapan dengan Aston Villa bulan lalu.

Beliau melakukan pembedahan di Korea Selatan, dan kemudian kembali semula ke England untuk rehabilitasi.

Ketika kembali, Son menjalani 2 minggu Self-isolation. Dan kini kena balik semula ke Korea Selatan. Bertabahlah Son. Ke sana ke sini ke sana ke sini.

Son Heung Min merupakan penyerang utama Spurs sejak menyertai mereka beberapa musim lalu.

Beliau membantu Spurs mara ke final UCL yang julung kalinya di dalam sejarah mereka pada musim 2018/19, namun malangnya mereka tewas di tangan Liverpool.

Son Heung Min dianggap antara pemain Asia terbaik dalam beberapa musim ini. Beliau adalah penyerang yang terkenal dengan keupayaannya menyudahkan peluang dengan kaki kiri dan kanan yang sama kuat.

Selepas tamat latihan ini, Son Heung Min sudah tidak perlu risau lagi dengannya. Beliau boleh fokus 100% kepada kariernya di Eropah.

Baca yang lain