Son Kena Balik Korea Selatan Juga Untuk Khidmat Negara

Laporan dari Korea Selatan iaitu akhbar Naver melaporkan bahawa, Son Heung Min tetap perlu kembali semula ke Korea Selatan dan pergi ke khidmat negara ataupun latihan ketenteraan Korea Selatan.

Oleh sebab itu, pemain Spurs itu perlu segera kembali ke Korea Selatan walaupun cedera. Ini kerana beliau sudak dimaklumkan akan perkara itu.

Son Heung Min sebelum ini berjaya membantu Korea Selatan memenangi pingat emas Sukan Asia di Palembang.

Dan mereka kesemua dijanjikan pengecualian. Tetapi untuk acara Sukan Asia, mereka tidak akan diberikan pelepasan penuh.

Berbeza dengan kejuaraan Olimpik yang diberikan pengecualian penuh atas budi bicara. Sebenarnya peraturan ini tidak termaktub dalam perundangan negara Korea Selatan.

Tetapi untuk Song Heung Min dan rakan-rakannya, yang menang emas Sukan Asia tempoh hari, mereka hanya perlu menyertai latihan asas ketenteraan selama 4 minggu sahaja.

Kalau ikutkan tempoh latihan tersebut adalah 21 bulan ataupun 2 tahun.

Spurs sudah dimaklumkan

Kerajaan Korea Selatan sudah memaklumkan kepada Tottenham Hotspur akan perkara itu.

Tahun ini merupakan tahu terakhir untuk batch yang lahir pada tahun 1982 untuk melaporkan diri ke dalam latihan ketenteraan.

Perancangan awal, Son Heung Min mahu menyertai latihan 4 minggu itu selepas tamat musim ini.

Namun situasi di England ketika ini, liga mereka sedang digantung. Son Heung Min mengubah keputusannya dan mahu menyertai latihan tersebut dalam masa terdekat.

Ini kerana beliau tak pasti bila liga akan disambung. Jika terlalu lewat, ianya akan memberikan impak kepada latihan ketenteraan Son Heung Min.

Son Heung Min masih dalam tempoh pemulihan daripada kecederaan. Namun latihan itu bukanlah latihan yang berat untuk mereka yang diberikan pengecualian khas daripada latihan penuh.

Sumber yang sama juga mendedahkan, Son Heung Min perlu mengesahkan namanya dahulu untuk menyertai latihan ketenteraan.

Ini kerana latihan ketenteraan tersebut juga berpotensi untuk ditunda ke tahun hadapan. Tetapi mereka yang mendaftarkan diri pada tahun ini masih dikira dalam batch tahun ini.

Son sudah mendapatkan kebenaran daripada Tottenham untuk balik ke Korea Selatan.

Son Heung-min, menglami kecederaan patah tangan ketika berhadapan dengan Aston Villa bulan lalu.

Beliau melakukan pembedahan di Korea Selatan, dan kemudian kembali semula ke England untuk rehabilitasi.

Ketika kembali, Son menjalani 2 minggu Self-isolation. Dan kini kena balik semula ke Korea Selatan. Bertabahlah Son.

Son Heung Min merupakan penyerang utama Spurs sejak menyertai mereka beberapa musim lalu.

Beliau membantu Spurs mara ke final UCL yang julung kalinya di dalam sejarah mereka pada musim 208/19, namun malangnya mereka tewas di tangan Liverpool.

Son Heung Min dianggap antara pemain Asia terbaik dalam beberapa musim ini. Beliau adalah penyerang yang terkenal dengan keupayaannya menyudahkan peluang dengan kaki kiri dan kanan yang sama kuat.

Sumber rujukan: Naver