Son Heung Min dianggap sebagai salah seorang legenda dalam Liga Perdana Inggeris dari Asia. Dia adalah penjaring terbanyak dari Asia untuk rekod EPL.
Menjadi pemain tunggal dari Asia setakat ini yang berjaya memenangi kasut emas EPL dalam sejarah kariernya.
Namun begitu pemain Spurs itu tidak mahu digelar sebagai legenda Tottenham Hotspur. Kerana baginya dia hanya akan menerima gelaran itu jika dia berjaya membantu kelab itu memenangi trofi.
Ketika ini, sejak menyertai Spurs, Son Heung Min masih gagal membantu kelab itu menamatkan kemarau trofi yang panjang di Utara London itu.
Son menikmati musim yang bagus secara peribadi bersama pengurus baharu Ange Postecoglou. Dengan dia juga dilantik menjadi kapten kelab itu. Son menjaringkan 17 dan 10 assist musim ini.
Sudah beraksi lebih 400 penampilan untuk kelab itu dan mencecah angka 300 penampilan dalam EPL dengan 162 gol untuk Spurs.
Walaupun pencapaian itu dianggap cukup untuk menjadikannya legenda namun pemain asal Korea Selatan itu tidak mahu mengambil label itu.
Dia berkata: “Hampir 10 tahun berada di kelab luar biasa ini. Jujurnya, ianya perjalanan sangat hebat. Ada ramai pemain yang saya bermain bersama dan bekerjasama dengan ramai pengurus yang sangat membantu serta memberikan saya banyak kenangan manis dan dihormati sepanjang perjalanan.
🚨 NEW:
Heung-Min Son has revealed he does not want to be called a ‘Tottenham legend’ until he can help bring silverware to the club.@AlasdairGold 🥇 pic.twitter.com/KcKFNwzHEN
— Spurs Connect (@Spurs_Connect) June 5, 2024
“Saya masih mahu merealisasikan sesuatu. Ianya bukan terletak di tangan saya untuk menentukan sama ada saya legenda atau tak. Namun saya tak akan gelar diri saya legenda kerana saya harus memenangi sesuatu di sini dan sebab itulah saya sangat komited.
“Saya rasa, kita ada masa depan cerah dengan skuad dan pengurus yang ada ini. Kami harus terus meningkatkan prestasi dan barulah kami boleh mencapai lebih banyak bersama sama.
“Apabila masa itu tiba nanti, saya harus meninggalkan kelab hebat ini, saya harap semua orang akan memanggil saya legenda, yang merupakan gelaran paling tinggi dan saya akan berbesar hati menerimanya.”
Adakah Son akan berjaya memenangi trofi untuk melayakkan dirinya menjadi legenda di mata dirinya sendiri?