Son Tak Simpati Dengan Jerman Pada 2018: “Itu Adalah Balas Dendam Sebab Mereka Rasis”

Son Heung-min telah membuka mulutnya mengenai serangan secara perkauman yang dialaminya di Jerman. Dan dia turut bercakap tentang ‘balas dendam’ yang dilakukannya ke atas Jerman pada Piala Dunia 2018.

Son meninggalkan negara asalnya Korea Selatan untuk berpindah ke Eropah pada 2008, menyertai akademi belia Hamburg dalam projek pertukaran antarabangsa antara kedua dua negara.

Son terus mengagumkan kelab Jerman yang menandatanganinya dengan perjanjian tetap pada tahun berikutnya. Dia menghabiskan empat tahun di Hamburg sebelum bertukar angin ke Bayer Leverkusen.

Mengimbau kembali kariernya di Jerman, pemain berusia 29 tahun itu mendedahkan sikap perkauman yang dialaminya ketika beraksi di Bundesliga.

Bercakap pada acara peminat di Seoul, dia berkata: “Saya berpindah ke Jerman ketika saya masih muda, dan melalui begitu banyak detik yang sukar dan tidak dapat dibayangkan.”

“Saya menghadapi banyak ejekan perkauman di Jerman. Semasa melalui masa yang sangat sukar, saya mempunyai banyak perkara di dalam kepala saya. Dan fikiran saya untuk membalas dendam saya suatu hari nanti.”

Nah, Son akhirnya benar benar dapat ‘membalas dendam’ berikutan kemenangan bersejarah Korea Selatan ke atas Jerman pada Piala Dunia 2018.

Dia menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 pasukannya ke atas Jerman untuk menyingkirkan mereka daripada kejohanan itu.

Seterusnya Son Heung Min biasanya akan simpati dengan lawannya yang kalah. Ini termasuk memeluk mereka atau menenangkan mereka. Tetapi pada hari itu dia menyatakan bahawa dia tidak simpati langsung.

Dia malah puas hati dalam membalas dendam ke atas mereka. Son menambah: “Apabila orang menangis, saya (biasanya) mahu menghiburkan mereka dan memeluk mereka untuk menenangkan mereka.”

“Tetapi melihat orang Jerman menangis, (saya rasa) saya boleh anggap ia membalas dendam dengan melakukan sesuatu yang saya suka.”

Son menikmati dua tahun yang cemerlang di Leverkusen sebelum Tottenham datang menghubunginya, membelinya dengan harga £22 juta pada 2015.

Malangnya, penyerang bertaraf dunia itu juga pernah berdepan dengan perkauman di England.

Tetapi penderaan yang menyakitkan itu nampaknya tidak memberi kesan kepada Son yang semakin lali dengannya. Di mana dia lebih memikirkan soal menikmati kempen menjaringkan gol terbaik sepanjang kariernya musim lalu.

Dia menjaringkan 24 gol dalam semua pertandingan dan berkongsi Kasut Emas Liga Perdana bersama Mohamed Salah.

Baca yang lain

Bayern Mahu De Zerbi

Roberto De Zerbi dikaitkan dengan Bayern Munich sebagai calon pengganti Thomas Tuchel. Tuchel akan meninggalkan Bayern pada akhir musim ini. Dengan beberapa

Ten Hag Kritik Pressing Sebelah Kiri

Erik Ten Hag mengkritik mutu pertahanan sebelah kiri pasukannya ketika menentang Fulham. Ini kerana arah tersebut sangat lemah ketika bertahan terutama sekali