Son Tinggalkan Spurs Januari Ini Untuk Piala Asia, Ada Peminat Spurs Tak Gembira Anggap Dia Diperkudakan Negaranya

Kerancakan Piala Asia 2023 yang akan dilangsungkan pada awal tahun 2024 menyaksikan bintang utama Son Heung Min akan bermain untuk negaranya.

Son Heung Min merupakan pemain terbaik di Asia pada masa ini berdasarkan ranking Ballon d’Or. Dia juga merupakan pemain Asia paling berpengaruh di EPL dan menjadi kapten Spurs.

Namun begitu terdapat persoalan sama ada Son Heung Min akan menyertai Korea Selatan dalam kempen Piala Asia?

Dia sebelum ini pernah membantu Korea Selatan memenangi emas Sukan Asia 2019, yang membolehkannya mendapat pengecualian khas untuk latihan ketenteraan wajib 2 tahun di Korea Selatan.

Ketika itu Spurs memberikan kebenaran kepada Son untuk bermain di Sukan Asia dengan harapan dia akan menang dan Spurs tak perlu kehilangan pemain itu selamat 2 tahun lamanya.

Kini Spurs sekali lagi memberikan kebenaran kepada Son Heung Min untuk berbakti kepada negaranya dengan bermain di Piala Asia.

Dia akan terbang ek Abu Dhabi selepas Spurs bermain aksi terakhir tahun ini menentang Bournemouth pada 31 Disember.

Son akan terlibat dalam perlawanan pemanas badan dengan lawan yang bakal diumumkan kelab pada 6 Januari 2024. Kira kira seminggu kemudian dia akan bermain di Piala Asia 2024 di Qatar.

Namun begitu ada peminat Spurs yang tak senang dengan berita ini dengan menganggap Son telah dikudakan negaranya untuk semua pertandingan termasuk aksi persahabatan yang tidak berguna menentang Vietnam.

Komen itu tidak disenangi segelintir pihak yang menganggap Piala Asia piala terpenting di rantau Asia. Sama seperti Euro di Eropah dan Piala AFCON di Afrika atau Copa America di Amerika Selatan.

Mereka juga berkata Son tidak pernah menang Piala Asia dan dia berhak dilayan sama seperti bintang eropah dan latin yang lain.

Peminat Spurs itu kemudian berkata: “Ya saya faham kalau Piala Asia atau kelayakan Piala Dunia, tetapi yang saya bising, dia dipanggil bermain aksi persahabatan tak berguna macam lawan Vietnam. Lepas piala Asia ni dia akan pergi lagi untuk friendly pada Mac.”

Dalam pada itu, Jurgen Klinsmann akan mengumumkan skuad akhir yang akan dibawa ke Piala Asia pada 18 Disember ini. Namun senarai itu boleh berubah berdasarkan situasi. Mungkin ada pemain yang dipanggil ada masalah lain seperti kecederaan.

Skuad yang dipanggil akan memulakan latihan pada 26 Disember di Seoul. Namun Son Heung Min akan kekal di London bersama Spurs pada tempoh itu.

Dalam pada itu, dengan Son yang akan pergi ke Piala Asia pada Januari akan datang, pengurus Spurs, Ange Postecoglou pastinya tahu cabaran besar menantinya. Setakat ini Son Heung Min berjaya menutup impak pemergian Harry Kane ka Bayern Munich.

Postecoglou sebelum ini membayangkan bahawa dia akan cuba mencari opsyen untuk mendapatkan pemain baharu pada Januari.

Tetapi bertekad akan terus berjuang dengan corak taktikal menyerang dengan sesiapa sahaja pemain yang dia ada.