Song Heung Min Ikrar Dirinya Army BTS Sejati

Bintang Tottenham Hotspur dari Korea Selatan, Son Heung Min mendedahkan bahawa beliau merupakan peminat tegar BTS.

Son Heung Min merupakan bintang global yang terkena di serata dunia. Dan kini menjadi salah seorang rakyat Korea Selatan yang paling popular di dunia.

Populariti itu dibantu oleh prestasi cemerlangnya bersama dengan Tottenham Hotspur beraksi dalam liga paling popular di dunia iaitu Liga Perdana Inggeris.

Malah di Korea, setiap kali Son skor gol, orang Korea akan bersorak walaupun pada awal pagi. Son sendiri mendedahkan bahawa dia sedar akan perkara itu dan cuba sedaya upaya memberikan hasil yang terbaik sama sekali apabila mengenang orang Korea yang berjaga pada awal pagi untuk menyaksikan aksinya.

Son yang rendah diri

Namun begitu Son Heung Min sangat rendah diri dan menolak label bahawa beliau orang Korea paling popular. Kerana menurutnya dia bukan BTS. Bercakap kepada Sky Sports:

“Tak taulah, sebab saya tak popular. Saya rasa BTS yang layak berada di sana [bergelar rakyat Korea paling popular.”

Son Heung Min melabel BTS sangat sangat besar dan beliau merupakan sebahagian daripada Army.

Army adalah nama fandom untuk BTS.

“Jelas sekali saya rasa mereka adalah sangat sangat besar. Dan saya peminat tegar mereka juga.”

Dan beliau menyatakan dia sangat minat lagu lagu BTS terutama sekali lagu Hits BTS iaitu Dynamite.

Beliau menegaskan lagu lagu BTS wajib ada dalam senarai lagunya di dalam telefon pintar.

BTS menjadi kumpulan Kpop yang sangat cepat meningkat naik sejak The Beatles. Mereka mencatatkan 4 album yang berada dalam carta tertinggi di Amerika Syarikat. BTS melakukan dalam masa kurang 2 tahun.

Ketika wartawan menyuruhnya menyanyi, Son menolak: “Tak, tak, saya tak pandai menyanyi.”

Agak menarik kerana sebelum ini BTS mengikut jejak Son Heung Min untuk mendapat pengecualian daripada latihan ketenteraan pada usia wajib.

Sebelum ini salah sorang anggota BTS mengenakan topi dengan nama Son Heung Min padanya.

BTS dan Son diberikan pengecualian khas

BTS mendapat pengecualian daripada latihan ketenteraan dengan alasan sumbangan mereka juga mirip seperti Son Heung Min dan rakan rakannya.

Salah seorang ahli BTS yang paling tua, Kim Seok-jin atau Jin akan meraikan ulang tahun ke-28 pada hari Jumat ini.

Berdasarkan peraturan, dia harus menyertai latihan ketenteraan di Korea Selatan. Latihan itu wajib diambil lelaki Korsel (Korea Selatan) paling lewat pada usia mereka 28 tahun.

Namun pak menteri dan parlimen di Korea Selatan membuat salah satu usul paling dramatik dalam sejarah mereka dan menyelamatkan Jin  daripada hadir ke PLKN Korea Selatan.

Ini kerana BTS diberikan pengecualian khas selepas semakan Akta Perkhidmatan Ketenteraan negara Korsel.

Undang-undang ini membenarkan bintang K-pop teratas seperti Jin menangguhkan perkhidmatan ketenteraan mereka sehingga mereka berumur 30 tahun.

Secara automatik Jin kini boleh muncul selama dua tahun lagi untuk bekerja di arena hiburan dan menghiburkan peminatnya.

Berdasarkan undang-undang yang disemak semula, Kpop dikatakan telah meningkatkan pengaruh budaya negara Korea Selatan yang digelar Hallyu (Korean Wave).

Ketujuh-tujuh anggota BTS juga memenuhi syarat penangguhan perkhidmatan ketenteraan mereka.

Pengumuman itu digelar ‘Undang-undang BTS’ menandakan kemenangan yang telah lama dicari peminat K-pop selama ini.

Pemerintah telah mengizinkan beberapa pengecualian, tetapi kriteria tersebut telah diteliti dalam beberapa tahun terakhir.

Selama beberapa dekad, atlet ternama, seperti pemenang pingat Sukan Olimpik atau Sukan Asia, telah dikecualikan dari perkhidmatan ketenteraan dengan alasan bahawa mereka meningkatkan prestij nasional. Pemuzik klasik dan rakyat yang memenangi anugerah tertentu juga merupakan pengecualian.

Berita itu segera mengejutkan peminat BTS atau ARMY yang meraikannya seperti satu kemenangan.

Sebelumnya, semakan semula Undang-Undang tentang Tentera telah dilancarkan sejak September.

Pada masa itu, BTS menjadi kumpulan Korea Selatan pertama yang menduduki tangga teratas Billboard Hot 100 di Amerika Syarikat (AS) dengan lagu “Dynamite”.

“Adalah tugas suci untuk mempertahankan negara kita, tetapi itu tidak bermaksud semua orang harus membawa senjata,” kata Noh Woong-rae, seorang anggota parlimen kanan di Parti Demokrat, yang menyokong perlakuan istimewa BTS.

Di Korea Selatan, lebih dari 200,000 orang muda setiap tahun terpaksa berhenti sekolah atau membuat kerjaya untuk menyertai tentera. Latihan Ketenteraan ini dilihat penting untuk pertahanan negara mereka terutama sekali menentang serangan Korea Utara.

“Setelah puluhan tahun kadar kelahiran rendah, negara ini akan kekurangan belia yang cukup untuk mempertahankan perkhidmatan ketenteraan mandatori seramai 620,000 anggota,” kata pegawai pertahanan itu.

Sebelum ini seorang menteri membawa usul ke Parlimen meminta anggota BTS dilayan seperti atlet yang berjasa. Beliau mahu BTS diberikan pelepasan khas seperti Son Heung Min.

Son Heung Min tidak menjalani latihan 2 tahun, cuma beberapa minggu sahaja.

Namun dalam kes BTS, pengecualian khas mereka adalah dengan melanjutkan lagi syarat umur maksimum.

Perjuangan Noh

Pada Oktober 2020, seorang ahli parlimen di Korea Selatan iaitu Noh Woong-rae, daro Parti Demokratik di Korea Selatan, mengatakan bahawa ahli BTS superstar K-pop harus diberikan layanan istimewa dalam latihan ketenteraan yang diwajibkan kepada semua wargengara lelaki.

Alasan pak menteri itu adalah: “Mengapa boleh untuk Son Heung-Min tetapi tidak untuk BTS?” kata Noh dalam wawancara radio dengan CBS.

Son Heung-Min adalah kapten pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan yang bermain sebagai pemain sayap atau penyerang untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur di England.

Son mendapat pengecualian dari wajib menyertai latihan ketenteraan pada bulan September 2018, ketika pasukan kebangsaan Korea mengalahkan Jepun untuk memenangi pingat emas di Sukan Asia.

Namun Son tetap diminta hadir ke dalam sesi latihan khas selama 3 minggu sahaja. Sedangkan syarat wajib adalah 2 tahun.

Noh menegaskan jasa BTS kepada Korea Selatan adalah setaraf dengan Son Heung Min dan bekas bekas atlet dan tokoh lain yang pernah mengharumkan nama Korea Selatan – dan diberika pelepasan khas.

Selain daripada itu, Noh meminta Parlimen memberikan kebenaran BTS menjalankan tugasan alternatif tetapi bukan mengarahkan mereka masuk ke dalam kem tentera. Ini kerana Noh risau ianya akan mengganggu BTS dalam karier mereka.

“Biarkan mereka menjalankan tugas lain tetapi dengan cara yang menguntungkan kepentingan nasional,” kata Noh.

Anggota parlimen pada hari Isnin telah membangkitkan isu itu dan bersidang untuk membincangkan isu tersebut.

Noh berkata: “BTS telah memberikan kesan ekonomi sebanyak 1.7 trilion won dengan mengungguli carta Bilboard. Bahkan tidak mungkin untuk kita mula menganggarkan nilai yang mereka berikan kepada negara dari segi mempromosikan ‘Hallyu’ dan meningkatkan prestij negara kita,” kata Noh ketika mesyuarat dewan tertinggi Parti Demokrat.

Hallyu adalah istilah untuk populariti global budaya pop Korea Selatan, seperti muzik dan rancangan TV.

Noh mencadangkan operasi jawatankuasa kajian bebas untuk mempertimbangkan sama ada BTS layak untuk mendapat layanan istimewa.

Dia juga mengesyorkan menggunakan kumpulan itu dalam promosi nasional, seperti membantu memberikan kesedaran kepada dunia tentang kedaulatan Korea Selatan atas beberapa pulau di timur Dokdo di Laut Timur.

Kim Jong-Cheol, calon pemilihan kepemimpinan dalam Parti Keadilan progresif kecil, menentang cadangan layanan istimewa kepada  BTS itu.

“Anggota BTS sendiri telah berulang kali menyatakan bahawa mereka akan menjalankan tugas ketenteraan mereka dengan tekun.”

“Ia juga boleh menimbulkan kontroversi yang tidak perlu – mengenai keadilan di bagi pemuda yang lain,” tulis Kim di laman Facebooknya.

Kim mencadangkan untuk memulakan perbincangan untuk mengurangkan tempoh perkhidmatan mandatori kepada enam hingga lapan bulan sambil memperkenalkan program pendaftaran sukarelawan untuk meningkatkan program kerjaya ketenteraan di negara mereka.

Di Korea Selatan, semua lelaki yang cukup syarat, berusia antara 18 dan 28 tahun diperintahkan untuk mendaftar dan berkhidmat di sana selama kira-kira dua tahun untuk memperkuat pertahanan nasional terutama sekali untuk berwaspada ancaman Korea Utara.

Berdasarkan undang-undang tersebut, tentera negara itu menawarkan layanan istimewa, seperti pengecualian atau penggantungan, kepada atlet dan pemuzik klasik, pemenang anugerah antarabangsa, dan beberapa tokoh dari bidang lain kerana peranan mereka dalam meningkatkan reputasi Korea Selatan di luar negara.

Pengaruh budaya K-pop dan Korea Selatan yang semakin meningkat di seluruh dunia. Jadi, ramai ARMY yang menyokong cadangan itu dan berharap BTS menjadi pencetus kepada pengecualian di kalangan artis yang masih aktif,

Sementara itu, pada bulan Februari tahun lalu, anggota BTS menyatakan bahawa mereka menganggap tugas ketenteraan sebagai sesuatu yang harus dilaksanakan dengan jelas dan mereka akan menjawab panggilan tugas setiap kali negara mahu mereka mendaftar.

Ramai mengelak

Bekas penyanyi Korea-Amerika Yoo Seung-Joon juga dilarang memasuki Korea Selatan sejak 2002 kerana memutuskan untuk melucutkan kewarganegaraan Korea untuk mengelakkan berkhidmat dengan tentera.

Sebelum ini rappers MC Mong tidak menghadiri latihan khidmat negara ini atas alasan mencabut gigi.

Beliau dihadapkan ke mahkamah dan dihukum penjara 6 bulan, 1 tahun probasi dan khidmat masyarakat kerana melengah-lengahkan penyertaan dalam program tersebut.

Penyanyi popular Yoo Seung Jun sanggup sebelum ini sanggup menukar kerakyatan beliau gara-gara mahu mengelak latihan ini. Ini kerana beliau perlu terus berada di dunia luar demi karier.

Bekas pemain Arsenal Park Chu Yong terpaksa menukar kewarganegaraan beliau untuk menjadi penduduk tetap Monaco kerana tidak mahu menyertai program tersebut yang boleh mengganggu pembangunan karier bola sepak beliau.

Pengecualian dan pengurangan tempoh latihan melibatkan pemain bola sepak

Pengecualian ataupun pengurangan tempoh latihan boleh diberikan atas syarat-syarat khas ataupun pencapaian istimewa mereka dalam mengharumkan nama negara.

Sebelum ini, pemain Swansea City Ki Seung Yueng terpaksa balik ke Korea Selatan dan tidak bermain perlawanan terakhir Swansea.

Ki perlu balik untuk menyelesaikan latihan 4 minggu. Ia kelonggaran diberikan oleh kerajaan Korea Selatan kerana Ki sebelum ini membantu Korea Selatan memenangi pingat perak di Sukan Olimpik London 2012.

Sebelum itu, Park Ji Sung dan Lee Yong Pyo dikecualikan daripada latihan khidmat negara kerana mereka berada dalam skuad yang mara ke separuh akkhir Piala Dunia 2002.

Dan paling popular pastinya Son Heung Min yang hampir dihantar Safawi Rasid dan rakan rakannya ke kem tentera ketika

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan