Sonic The Hedgehog Dapat Skor Segar 95% Daripada Rotten Tomatoes

Setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya Sonic The Hedgehog menemui peminat di pawagam seluruh dunia.

Sebelum ini terdapat banyak kritikan ke atas Sonic dan membuatkan pihak produksi telah memperbaiki rupa Sonic The Hedhehog.

Filem Sonic The Hedgehog telah mendapat banyak pujian pada hari tayangannya.

Paling menarik, Rotten Tomatoes memberikan rating segar 95% kepada Sonic The Hedgehog.

Ramai peminat yang menikmati filem ini termasuk dengan anak mereka. Sambil mengenang kembali nostalgia karakter video game yang pernah menjadi teman mereka satu ketika dahulu.

https://twitter.com/DDayCobra/status/1229166556384497665

Penilaian oleh audien biasanya lebih tinggi daripada panel Rotten Tomatoes.

Ramai yang lega akhirnya Sonic dan Pikachu berjaya menamatkan sumpahan ke atas filem daripada karakter video game – yang sebelum ini, banyak yang tak sedap.

Selain itu, seorang lagi penonton meenyatakan filem ini adalah 10/10. Dan beliau percaya, semua orang akan berpuas hati, tidak kira anda peminat Sonic ataupun sebaliknya.

Selain itu, Sonic The Hedgehog juga menjadi filem video game dengan rekod kutipan pembukaan yang tertinggi.

Filem ini sedang ditayangkan sekarang. Jadi apalagi? Jom serbu pawagam.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan