Sonny Bill Williams Sokong Ozil

Bintang ragbi terkemuka New Zealand, Sonny Bill Williams tampil dengan sokongan terbuka kepada kenyataan Mesut Ozil berkenaan dengan isu kemanusiaan.

Ozil pernah mengkritik China kerana diskriminasi dan penindasan ke atas etnik Uighur.

Beliau menyatakan bahawa di Xinjiang para ulama ditindas. Kaum lelaki dihantar ke kem. Manakala wanita dipaksa berkahwin dengan orang Cina bukan muslim.

Orang Islam ditekan daripada mengamalkan kehidupan seharian mereka sebagai Muslim.

Masjid mereka dirobohkan dan banyak lagi penindasan.

Sonny Bill Williams, kemudian tampil dengan tweet yang menunjukkan tangan yang menggenggam bendera China dengan tangan yang berdarah mewakili Timur Turkemnistan yang kini dikenali sebagai Xinjiang.

Williams merupakan atlet beragama Islam dan sudah lama menjadi Muslim.

Beliau telah menulis kapsyen: “Ianya detik yang menyedihkan apabila kita memilih kepentingan ekonomi mengatasi kemanusiaan.”

Sonny Bill Williams tampil dengan kenyataan menerusi media sosial itu selepas Mesut Ozil yang melakukannya sebelum ini.

Ozil meminta negara negara Islam melakukan sesuatu ke atas apa yang sedang berlaku.

Namun Arsenal sudah menyatakan pendirian mereka yang tidak masuk campur dalam pandangan peribadi Mesut Ozil.

Arsenal menyatakan mereka kekal dengan pendirian tidak masuk campur dalam isu politik mana mana negara.

Ozil turut dikenakan tekanan oleh China dengan dilabel menikam dari belakang para peminat Arsenal dan Ozil yang ramai di China.

Selain itu PES dan FIFA Online antara permainan video yang sudah memadamkan Mesut Ozil untuk versi China.

Baca yang lain