Sony Boleh Rugi Sehingga $263 Juta Jika Call Of Duty Jadi Eksklusif Di Xbox Sahaja

Minggu lalu, Microsoft dilaporkan telah membeli developer Activision Blizzard dengan nilai sekitar $68.7 billion. Sekaligus menjadikan beberapa permainan video popular seperti Overwatch dan Call of Duty akan menjadi hak mereka.

Malah Microsoft kini berhak untuk menjadikan permainan seperti Overwatch dan Call Of Duty sebagai permainan ekslusif di konsol Xbox sahaja.

Sudah pastinya ini bukan berita yang menggembirakan Sony dan Playstation yang risau akan kehilangan hak ke atas permainan seperti Call Of Duty yang sangat berpengaruh di peringkat global.

Ini kerana, jika ditarik daripada platform mereka, Call of Duty sahaja sudah cukup untuk memberikan kerugian kepada Sony.

Sony dilaporkan bakal menelan kerugian sekitar $87.9 juta sehingga $263.9 juta, jika CoD tidak lagi mengeluarkan permainan untuk konsol PlayStation.

Pada tahun pertama pandemik, francais Call of Duty telah menjana keuntungan sekitar $3 billion. Oleh sebab itu Sony sudah pening memikirkan bahawa mereka akan kehilangan sebahagian besar keuntungan mereka.

Walaubagaimanapun, Sony masih kekal tenang dengan berita ini. Dengan kenyataan terbaru oleh CEO Xbox iaitu Phil Spencer yang memberikan jaminan bahawa beliau masih mahu CoD akan masih boleh dimainkan di PlayStation.

Dalam tweetnya, Spencer berkata: “Menerima panggilan yang mesra daripada ketua Sony minggu ini. Saya mengesahkan matlamat kami untuk mendapatkan pemilikan Activision Blizzard dan juga matlamat untuk terus mengekalkan Call Of Duty kekal di PlayStation.”

“Sony adalah sebahagian penting dalam industri ini, dan kami menghargai hubungan kami.”

Jadi, buat masa ini Sony boleh menarik nafas lega. Harap hubungan ini terus terjaga.

Baca yang lain