Sony Klaim PS5 100 Kali Lagi Laju Dari PS4, Tiada Lagi Skrin Loading

Para gamers di seluruh dunia sudah tidak sabar untuk menunggu Sony PS5 dikeluarkan kepada umum.

Bukan rahsia lagi bahawa, Sony PS5 akan dikeluarkan pada tahun ini. Cuma tidak tahu bulan berapa.

Namun ada perkembangan menarik daripada Sony. Di mana mereka memberitahu bahawa konsol baharu PS5 akan menjadi sangat laju.

Gergasi teknologi Jepun itu telah mengesahkan PS5 akan lebih pantas daripada PS4 pada kadar kira-kira 100 kali lebih pantas.

“Untuk meningkatkan rasa lebih kelancaran dalam permainan, kami berharap akan dapat meningkatkan lagi beberapa aspek, bukan hanya resolusi, tetapi kepantasan permainan juga,” tegas Sony dalam dokumen rasmi mereka.

“Sebagai contoh, melalui penggunaan SSD berkelajuan tinggi yang direka khas, kami meracang untuk mewujudkan kelajuan pemprosesan data permainan yang kira-kira 100 kali lebih cepat daripada PS4.”

“Waktu loading permainan harus menjadi jauh lebih cepat, dan pemain harus dapat bergerak melalui dunia permainan yang sangat besar dalam sekejap sahaja.”

Prospek masa menunggu permainan yang lebih pendek dan tidak ada lagi layar loading, sudah cukup untuk menggembirakan mana-mana pemain permainan video.

Dan peningkatan ini juga berpotensi besar untuk dilihat dalam permainan seperti Rockstar ‘Grand Theft Auto 6’, yang dilaporkan sedang dalam proses untuk diintegrasikan dengan Sony PS5.

Bukan hanya peminat yang menantikan PS5 dikeluarkan, malah Ketua Pegawai Eksekutif Epic Games, Tim Sweeney membuat beberapa pengklaiman yang besar.

Sweeney memuji Sony kerana kapasiti penyimpanan konsol baru, dengan mengatakan ia lebih baik daripada SSD yang terbaik yang korang beli di PC pada hari ini.

Dia juga berkata: “Sangat menggembirakan apabila melihat pasaran konsol mendorong pasaran PC kelas atas dengan cara ini.”

PS5 dijadualkan akan keluar pada musim cuti 2020 ataupun pada Disember tahun ini. Namun banyak spekulasi menyatakan ia juga mungkin akan dilancarkan pada bulan November ini.

Walau bagaimanapun, sebilangan peminat berharap konsol baru akan tiba lebih cepat setelah informasi yang bocor daripada Sony sebelum ini menyatakan PS5 bakal keluar pada bulan Oktober.

Namun Sony menyatakan informasi itu adalah satu kesilapan dan mereka tidak bercadang untuk mengeluarkan konsol mereka pada Oktober ini.

Bagi korang yang belum melihat video trailer pandang pertama Sony PS5 boleh tengok di sini:

Video ni dah dikeluarkan beberapa minggu lalu, tapi saja nak kabo balik.