Sony Walkman adalah satu cetusan idea daripada jurutera Sony, Nobutoshi Kihara untuk bos beliau, iaitu co founder Sony, Masaru Ibuka.
Masaru Ibuka meluahkan kepada Kihara bahawa beliau sangat suka mendengar lagu opera. Dan alangkah indahnya kalau ia dapat didengar dimana sahaja terutama sekali di dalam flight.
Pada ketika itu, beliau hanya mampu mendengar di dalam tape player yang besar.
Prototaip produk ini dikeluarkan pada 1978 dan diberikan kepada Ibuka untuk dibawa terbang. Ia mendapat lampu hijau untuk dikeluarkan.
Model pertama dikeluarkan
Lalu pada 1 Julai 1979, Sony Walkman pertama Model TPS-L2 dikeluarkan dengan color biru-silver. Ia memerlukan 4 biji bateri AA.
Pada awalnya, pengerusi Sony, Akio Morita sangat benci dengan nama Walkman. Namun beliau akur kerana Sony sudah membelanjakan banyak duit dalam promosi pra pelancarannya.
Lagipun sebelum itu, Sony sudah ada produk bernama Pressman yang digunakan wartawan merekod temubual.
Pada awal ia dikeluarkan di Jepun Sony meramalkan ia hanya akan menjual terjual kira-kira 5,000 unit sebulan, namun Walkman dijual lebih 50,000 dalam tempoh dua bulan pertama. 10 kali ganda lebih banyak daripada jangkaan.
Ia digemari kerana sangat mudah dibawa (portable) dan privasi. Menggunakan headphone sepenuhnya tanpa external speaker.
Sony Walkman memecah masuk pasaran US dengan cepat sekali. Era 80-an boleh dikatakan milik Sony Walkman sepenuhnya ataupun boleh dikatakan Generasi Walkman.
Ia menjadi ikutan kepada produk dari syarikat seperti Aiwa, Panasonic dan Toshiba. Mereka menawarkan harga lebih murah.
Namun Sony tetap ada peminat tersendiri dan orang akan cuba mendapatkan walkman. Macam yang berlaku pada iphone, la, mahal pun peminat dia akan tetap beli. Simpan duit dulu la.
Ia dianggap benda yang stylo dan definisi kepada gaya sebenar. Sony Walkman mengurangkan slot bateri daripada 4 bateri kepada 2 Bateri AA sahaja.
Terima kasih la sebab teknologi bateri membantu mereka. Syarikat bateri mulai menemui cara untuk expand kapasiti bateri. Masa tu, syarikat bateri pun untung besar.
Kuasa populariti Walkman
Pada tahun 1986 perkataan “Walkman” telah dimasukkan dalam kamus Oxford.
Ia sangat menjadi kegilaan. Bahkan produk dari aiwa ke panasonic ke, orang tetap panggil walkman merujuk kepada portable cassette player macam kita meng-colgate-kan, jenama ubat gigi lain.
Sony Walkman telah menjadi trend setter satu ketika dahulu.
Antara tahun 1987 dan 1997 adalah kemuncak kepada populariti Walkman ini. Sekitar 30% orang di jalanan memiliki Walkman.
Sony terus melancarkan variasi pada tema, menambah inovasi seperti penerima AM / FM, penambahan kualiti bass dan auto-reverse
Fuh auto-reverse ni korang hari ni tak tahu betapa canggihnya benda ni.
Untuk pengetahuan adik-adik WeChat sekalian, auto reverse ni antara benda penting dalam hidup kami dahulu, ia membolehkan kaset tu dimainkan ke side seterusnya tanpa perlu mengeluarkannya. Kaset ada side A dan B.
Teknologi ini kemudiannya menjadi benda wajib dalam pengeluar kereta dalam memasang pemain kaset.
Sony kemudiannya maju beberapa langkah lagi dengan membuat model berorientasikan solar. Diikuti kalis air, 2 cassette player dan banyak lagi.
Kemerosotan penggunaan kaset
Teknologi cekera padat (compact disc /CD) adalah musuh utama Walkman.Ia bukan teknnologi baru. Ia sudah wujud sejak 1982. Masa tu, biasanya hanya 8 lagu boleh dimuatkan dalam satu CD.
Sony cepat untuk beralih ke format baru. Mereka memperkenalkan D-50 untuk CD player. Ia berlaku ketika revolusi daripada kaset kepada CD pada 1982.
Girl listening on a sony Walkman, 2019. pic.twitter.com/hTXLDnL6Sl
— lack of brain cell (@TeethGoblin) October 26, 2019
Namun begitu, walkman tetap ada pengikut yang ramai sepanjang 90-an. Sejak pelancarannya, Sony telah mengeluarkan lebih daripada 300 model yang berbeza di semua format.
Kini Sony menjadikan Walkman sebagai jenama pemain MP3 dalam semua rangkaian produk mereka termasuk dalam handphone Sony Ericson.
Hari ini, Sony Walkman sebenar sudah mati. Yang ada hanya nama Walkman sahaja.
Ia adalah dominasi kepada dunia kaset dan juga mereka boleh dikatakan menguasai dunia CD player sepertimana I-pod menjadi kegilaan era mp3 digital.
Anda pasti ada kenangan dengan walkman ini. Anda mungkiin juga memiliki pemain kaset on the go lain atau bahasa glamor stereo player, kongsikan juga pengalaman.
Masa aku sekolah dulu, benda ni dilarang dibawa masuk ke sekolah. Punyalah payah nak sorokkan masa Spot check.
Walkman+Metallica — What a life!!
Kau dengar New Boyz dengan Naqiu kan?