Sony Xperia Bakal Tampil Dengan 6 Kamera

Jika tahun 2019 menyaksikan tahun untuk kuad kamera, Sony terus mengorak langkah denga 6 kamera belakang pada telefon bimbit mereka yang akan datang.

Android Authority melaporkan pihak Sony sedang berusaha untuk menghasilkan telefon pintar dengan 6 kamera belakang dengan 20MP, 8MP, 48MP, 12MP, 16MP, dan 0.5MP sensors.

Untuk kamera 0.5MP adalah untuk ToF sensor. 5 lagi sensor akan dilengkapi dengan teknologi f/2.4 aperture, serta kamera 48MP dan 12MP juga akan hadir dengan f/1.2 aperture.

Namun ini hanyalah laporan awal dan produk akhir selepas ini mungkin berbeza. Apa yang pasti 6 kamera itu adalah benda yang sedang diusahakan oleh Sony.

Sorang tipster di Twitter iaitu Max J menyatakan telefon 6 kamera belakang oleh Sony ini juga akan hadir dengan 2 kamera Selfie 0.8MP dan juga 10MP.

Ini bermakna Sony Xperia yang baharu akan hadir dengan 8 kamera keseluruhannya.

https://twitter.com/Samsung_News_/status/1138162759105961984

Max J ni ada rekod yang boleh tahan part membocorkan perkara macam ni. Entah dia pun kena bayar buat benda macam ni.

Fokus utama Sony adalah seperti biasa, kamera seperti sebelum ini. Namun mereka mendapat kritikan kerapa Xperia 1 sebelum ini tiada menawarkan pengguna nigt mode yang advance. Malulah sikit, Sony kan.

https://twitter.com/Samsung_News_/status/1140939989230006272

Dengan adanya 6 kamera kat belakang ni, rasanya segala jenis night mode pasti ada.

Ramai juga yang meramalkan bahawa salah satu sensor yang akan digunakan adalah Sony IMX586 CMOS dengan resolusi 48MP.

Lima lagi lensa kamera lain mungkin akan dilengkapi dengan telefoto, wide lens, super wide lens, dan lensa hitam putih. Biar betul ada lensa hitam putih. Lantak koranglah.

Selain itu, Sony Xperia yang baru ini juga dikatakan menggunakan skrin dengan ratio 21: 9 dan akan menyokong refresh rate sehingga 90Hz. Ia juga memiliki resolusi 4K.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.