Souhgate Akui Bereksperimen Dan Ketiadaan Kalvin Phillips Punca England Tak Dapat Menang

Gareth Southgate sekali lagi memberikan alasan pelik ketika ditanya kenapa pasukannya seri dengan Denmark dan taktikalnya meletakkan Trent Alexander Arnold di tengah.

Trent Alexander Arnold merupakan pemain bek kanan yang diletakkan di bahagian tengah oleh Southgate sekali lagi. Dan pemain itu gagal memberikan impak yang diharapkan.

England sekadar seri 1-1 dengan Denmark di Frankfurt. Walaupun mereka mendahului 1-0 menerusi Harry Kane, namun Denmark mengikat England menerusi gol cantik Morten Hjulmand yang melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti.

Selepas keputusan seri yang tidak diingini peminat itu, penyokong England mempersoalkan kenapa Trent Alexander Arnold terus dijadikan pemain tengah. Pemain itu gagal untuk bermain dengan baik dan digantikan dengan Conor Gallagher hanya selepas 10 minit selepas separuh masa kedua bermula.

Gareth Southgate kemudian memberikan penjelasan tak masuk akal ketika dia menegaskan bahawa England sebenarnya masih dalam proses bereksperimen untuk mencari pengganti Kalvin Phillips.

Phillips tidak tersenarai dalam skuad kali ini selepas kemerosotan prestasi dalam beberapa tahun ini. Southgate menyatakan bahawa dia tidak cukup pilihan untuk mendapatkan penggantik Kalvin Phillips di tengah.

Southgate berkata berkata: “Saya nak masukkan Conor, kami perlukan tenaga untuk press lebih bai. Dia (Alexander-Arnold) ada melakukan beberapa momen yang bagus yang kami yakin dia boleh melakukannya.

“Kita semua tahu ini sekadar eksperimen. Kami juga tahu kami tak ada pengganti semulajadi untuk Kalvin Philips. Kami sudah cuba mencuba beberapa perkara berbeza. Namun buat masa ini segalanya tidak selancar yang kami mahukan.

Kalvin Phillips menjadi pemain penting England ketika Euro 2020 yang lalu. Namun selepas itu dia tidak dapat mengekalkan tempatnya dalam skuad utama. Menjadi pemain gantian sebanyak 2 kali dalam Piala Dunia 2022.

Perpindahan ke Man City membuatkan Phillips gagal mendapatkan minit permainan yang banyak. Akhirnya dia kehilangan tempat dalam skuad England.

Trent Alexander Arnold merupakan pemain bek kanan. Buat masa ini Kyle Walker adalah pilihan utama untuk posisi tersebut. Namun Southgate cuba mendapatkan kualiti Trent menerusi hantaranya. Malangnya pemain itu jelas bukan pemain tengah yang baik.

Peminat England sukar menerima apabila Southgate masih lagi bereksperimen di pentas utama Euro.

Keputusan seri ini memberikan tamparan buat England dalam usaha mereka mahu menjadi juara kumpulan.

@axello_tacts

Southgate masih bereksperimen di pentas Euro 2024?? lain macam.. artikel di bio

♬ original sound – Axello Tacts – Axello Tacts