Southgate Ada Formula Mengalahkan Switzerland, Ini Dia….

Southgate ada formula dan ramuan untuk menewaskan Switzerland dalam aksi suku akhir EURO 2024.

Gareth Southgate sedang bersiap sedia untuk merobek gawang Switzerland dalam pertembungan itu nanti. Menurut Sky Sports, pengurus itu akan menggunakan sistem bek bertiga.

Formasi ini dianggap sangat ampuh untuk menentang Switzerland yang dijangka akan bermain lebih defensif menentang England.

Jika ini benar benar berlaku, ini adalah pertama kali mereka menggunakan sistem back 3 dalam perlawanan kompetitif sejak final Euro 2020 menentang Itali tiga tahun lalu – dan ini bermakna Foden dan Bellingham akan bermain sebagai no.10.

Itu adalah salah satu pilihan yang Southgate pertimbangkan selepas Sky Sports News melaporkan bahawa formasi itu yang mereka gunakan untuk berlatih di sesi latihan menjelang aksi suku akhir itu nanti.

Jelas sekali pengurus England itu masih belum membuat keputusan tentang siapa yang akan bermain bahagian tengah bersama Declan Rice – ini selepas prestasi cemerlang Kobe Mainoo. Namun Southgate seringkali memasukkan Conor Gallagher ketika pasukannya memburu gol.

Perubahan formasi yang dirancang nampaknya didorong oleh dua faktor: penggantungan Marc Guehi, yang menjadi pertahanan England paling konsisten dalam kejohanan setakat ini. Seterusnya formasi ini akan membolehkan Southgate menggunakan Trent Alexander Arnold di bek sayap kanan dengan Kyle Walker akan bermain di RCB.

Seterusnya di bahagian serangan, Pagar Selatan sedia menggandingkan Harry Kane dengan Ivan Toney. Kane masih tercari cari rentak terbaiknya dalam EURO 2024 ini.

Dia cemerlang bersama dengan Bayern dari segi prestasi individu. Namun prestasi itu gagal dibawanya ke EURO 2024 setakat ini.

Walaubagaimanapun pengurus itu masih menunggu tahap kecergasan Kieran Trippier. Jika pemain itu didapati cergas, England mungkin akan kekal dengan sistem back 4.

Southgate sebelum ini menerima kritikan media selepas dia mengakui dia masih bereksperimen dalam taktikalnya. Kerana menurutnya, England masih terasa kehilangan Kalvin Phillips.

Southgate dikecam sebagai bukan pengurus yang baik. Dan dianggap mempersia siakan bakat England yang ada dalam pasukannya.

Namun perkara itu dibidas oleh Phil Foden yang menegaskan bahawa Southgate adalah pakar taktikal yang sangat hebat. Foden menjelaskan Southgate memiliki perancangan taktikal yang luar biasa untuk high pressing.

Malang sekali dalam beberapa perlawanan ada beberapa perkara kurang menjadi. Foden menegaskan kesilapan adalah di bahu pemain bukan pengurus.

“Sudah tiba masanya pemain yang harus dipersalahkan di atas apa yang berlaku. Southgate sudah membimbing kami tentang taktikal untuk bermain press dan juga berada di kawasan lawan.

“Namun apabila keadaan sukar, kami sepatutnya ada seorang pemimpin yang boleh menyatupadukan kami semula untuk memperbaiki apa yang tak kena di atas padang,” tegas Foden.