Southgate: “Cuma Maguire Je Dah Selamat, Yang Lain Sila Usaha Lagi”

Gareth Southgate telah diminta memberikan komen tentang prestasi beberapa pemain Manchester United.

Terutama sekali Jadon Sancho dan Marcus Rashford. Jika sebelum ini Rashford sentiasa dibawa oleh Southgate walaupun dia tidak cemerlang dalam peringkat domestik.

Namun kisahnya kini berbeza. Southgate malah memberikan amaran kepada Rashford agar meningkatkan lagi prestasinya jika mahu bermain di Piala Dunia bersama dengan England.

Selain Rashford, nama Sancho juga turut menjadi perhatian. Pemain tersebut beraksi cemerlang pada akhir musim lalu, walaupun permulaan yang sukar bersama Man United.

Sancho mendapat rentaknya semula di atas padang, meskipun ianya bukan sumbangan terbaiknya.

Southgate menjelaskan bahawa, hanya Harry Maguire sahaja nama pemain Manchester United yang sudah terjaman dan selamat dalam pasukannya ketika ini.

Southgate berkata: “Mereka [Sancho dan Rashford] ada banyak lagi perkara yang perlu mereka lakukan untuk kembali semula ke dalam skuad ini.”

“Buat masa ini, kita cuma ada seorang [Harry Maguire] sahaja yang berada dalam pasukan kita.”

Walaupun prestasi Harry Maguire bersama Man United seringkali dikritik, namun ketika bersama dengan Three Lions beliau sentiasa menunjukkan aksi lebih baik dan antara pemain yang konsisten menjadi pilihan Southgate.

Maguire juga sudah disahkan akan terus menjadi pemain penting kelab di bawah era baharu Erik Ten Hag.

Ten Hag malah sedang mencari gandingan paling ideal untuk dipasangkan dengan Harry Maguire di atas padang.

Antara nama yang dikaitkan termasuk Pau Torres dan Jurrien Timber.

Ten Hag Jamin Maguire Dalam Perancangannya: “Dia Pemain Yang Hebat!”

Erik ten Hag telah bercakap tentang Harry Maguire. Di mana pengurus itu memuji Harry Maguire sebagai pemain yang sangat hebat.

Kenyataan itu sekaligus membuatkan peminat United merasakan bahawa Harry Maguire mungkin akan terus menjadi kapten pasukan mereka.

Erik Ten Hag bagaimanapun kekal dengan pendiriannya sebelum ini bahawa dia akan menilai sendiri jawatan kapten di United.

Ini bermakna Harry Maguire masih belum terjamin akan menjadi kapten pasukan United pada musim ini hadapan. Cuma dia sedikit lega kerana pengurus tersebut masih meletakkan namanya dalam senarai untuk menjadi kapten.

Ten Hag berkata: “Musim baharu, adalah musim, berbeza.”

Menurut Ten Hag, Harry Maguire telah mencapai banyak kejayaan sepanjang kariernya terutama sekali bersama Man United. Dia juga merupakan bek tengah yang banyak menyumbang kepada Manchester United.

Jadi, Ten Hag ada alasan kukuh untuk tidak sabar sabar mahu bekerjasama dengan Harry Maguire. Sekaligus menepis sebarang spekulasi bahawa Ten Hag mungkin akan menjual pemain itu.

“Dia [Harry Maguuire] melakukan tugasnya dengan hebat sekali. Dia pemain yang hebat. Mencapai banyak dengan sumbangannya kepada Manchester United. Saya sudah tak sabar sabar nak bekerjasama dengan beliau.

Komen Ten Hag itu tidak disenangi segelintir penyokong Manchester United.

Harry Maguire musim ini kerapkali menjadi pemain yang dikritik oleh penyokong Manchester United. Malah ramai yang menganggap Maguire terlalu jauh standardnya untuk menjadi kapten Manchester United.

Pemain bek tengah England itu dibeli dengan nilai £80 dari Leicester pada 2019. Dan kini sudah memiliki 42 kaps bersama England.

Maguire mengepalai pertahanan Man United dan melepaskan bolos sangat banyak sehinggakan mereka mencatatkan perbezaan jaringan sifar.

Pandangan Erik Ten Hag tentang Maguire ini juga selari dengan laporan sebelum ini yang menyatakan bahawa Ten Hag mahu menjadikan Maguire sebagi asas penting dalam pertahanan pasukannya.

Di mana Manchester United kini sudah merancang untuk menjual beberapa nama dari bahagian pertahanan mereka. Ini termasuk Aaron Wan Bissaka dan juga Erik Bailly.

Kedua dua pemain tidak berada di dalam perancangan Ten Hag untuk musim hadapan.

Namun itu tidak bermaksud Man United meletakkan harga lelong rendah kaw kaw untuk dua pemain itu. Misalnya untuk Aaron Wan Bissaka, United hanya akan mendengar tawaran bermula £40 juta.

Ini kerana mereka membeli pemain itu dengan nilai £50 juta sebelum ini.