Gareth Southgate akui kecewa dengan layanan segelintir peminat England yang membaling cawan dan botol bir ke arahnya.
Ianya selepas England terikat 0-0 dengan Slovenia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan. England beraksi dominan namun gagal menterjemahkan deretan peluang mereka miliki kepada gol.
Southgate menegaskan bahawa misi utama England adalah mara ke pusingan kalah mati dan mereka melakukannya dengan baik. Meskipun hanya menang sekali, England tetap bergelar juara kumpulan C.
Namun sambutan diterima pemain pemain England dan dia sendiri benar benar mengejutkan.
“Saya tak pernah lagi melihat pasukan lain yang layak dan menerima reaksi hampir sama seperti ini. Saya sangat berbangga dengan pemain kerana cara mereka menangani perkara seperti ini.
“Pemain kekal tenang dalam perlawanan biarpun perlu mengharungi persekitaran yang mencabar. Ia mengingatkan saya kembali ketika saya bermain bersama England.
“Saya tidak akan berundur daripadanya. Saya memahami naratif ke atas saya, lebih baik kepada saya berbanding ke arah mereka. Ia mewujudkan suasana yang luar biasa untuk menguruskannya,” tegas pengurus England itu.
Southgate on some fans booing / throwing cups: "I understand the narrative towards me. That's better for the team than it being towards them. But it's creating an unusual environment to operate in. I've not seen any other team qualify and receive similar."
— Dan Kilpatrick (@Dan_KP) June 25, 2024
Southgate mengingatkan peminat England bahawa dia berjaya membantu pasukan kebangsaan itu menjadi pasukan yang sangat kuat di Eropah.
Ini termasuk membantu England menjadi naib juara Euro 2020 selepas berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018.
Oleh sebab inilah England sentiasa mendapat perhatian dan diletakkan harapan sangat tinggi oleh peminat.
Namun Southgate tidak mahu mengalah dengan tekanan yang sedang dihadapinya. Kerana misi England adalah untuk cuba menjuarai pertandingan ini selaku salah satu pasukan pilihan.