Southgate Pertahankan Maguire Selepas 2 Kesilapan, Dan Faham Pope Pastinya ‘Down’ Kerana Termuntah Bola

Gareth Southgate mempertahankan Harry Maguire dan Nick Pope selepas kesilapan mereka memberikan Jerman ketiga-tiga gol dalam perlawanan menarik dalam aksi seri England 3-3 Liga Negara di Wembley pada petang Isnin.

England menuju ke Piala Dunia didorong oleh kebangkitan semula mereka yang memberangsangkan ketika menentang Jerman tetapi kesilapan lewat oleh Nick Pope bermakna pasukan Southgate yang sebenarnya, kurang diserang terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri pada penghujung separuh masa kedua.

Menjadi antara pilihan untuk menjuarai Piala Dunia di Qatar, setelah mara ke separuh akhir empat tahun lalu dan menamatkan saingan naib juara Euro musim panas lalu, harapan dan keyakinan agak tercabar sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas mencatatkan keputusan buruk.

England disingkirkan daripada peringkat teratas Liga Negara-Negara berikutan kekalahan kepada Itali pada Jumaat. Dan tekanan nampaknya akan meningkat ke atas Southgate, dan Harry Maguire, selepas penalti Ilkay Gundogan dan jaringan menakjubkan Kai Havertz.

Tetapi tuan rumah mempamerkan aksi dengan lebih ketabahan dan kekejaman yang dimahukan oleh pengurus mereka dalam pembentukan di hadapan penonton Wembley yang penuh, tiket habis dijual walaupun ini cuma perlawana persahabatan.

Luke Shaw menjaringkan gol pertama England daripada permainan terbuka dalam kempen Liga Negara-Negara ini untuk membawa harapan, dengan pemain gantian Mason Mount menyamakan kedudukan lapan minit selepas mereka ketinggalan dua gol.

Wembley girang dan benar benar bergema dengan sorakan apabila Harry Kane menyempurnakan penalti pada minit ke-83 berikutan kekasaran Nico Schlotterbeck ke atas Jude Bellingham.

Ketika peminat England merasakan bahawa hari itu adalah hari indah kebangkitan 3 gol mereka ke atas musuh tradisi Jerman, bintang Chelsea, Havertz menjaringkan gol selepas penjaga gol sandaran England, Pope melakukan kesilapan.

Pope termunta bola rembatan Serge Gnabry, yang terus disambar Havertz, hanya 4 minit selepas gol Kane.

Dengan keputusan seri 3-3, bermakna England pergi ke Qatar tanpa kemenangan dalam enam perlawana terakhir mereka. Namun Southgate menyatakan bahawa dia bangga dengan prestasi pemainnya dan yakin mereka sudah menunjukkan kualiti sebenar mereka.

Bercakap selepas perlawanan, Southgate memberitahu Channel 4, apabila ditanya mengenai peranan Maguire dalam perlawanan pembukaan Jerman: “Sukar untuk diberitahu dari pandangan tepi padang, ia adalah masalah ketika penguasaan bola.”

“Tetapi cuba lihat pemain pemain ini sebagai satu kumpulan. Dan telah benar-benar bersama sama sebagai satu kumpulan minggu ini.”

“Ia adalah tempoh yang sukar untuk pasukan tetapi mereka telah berkembang.”

“Sampai satu tahap kami akan sentiasa menghadapi tekanan jadi kami perlu terdedah kepada tekanan. Kami bermain perlawanan persahabatan menentang Ivory Coast pada bulan Mac dan mereka bermain 10 pemain, dan [ketika itu] kami tidak belajar apa-apa.”

“Minggu ini kami telah belajar banyak perkara. Mereka harus mengorak langkah ke hadapan dan bersatu – ia akan memberi manfaat kepada kami dalam jangka masa panjang.”

Mengenai kesilapan Nick Pope untuk gol ketiga, dia menambah: “Ia adalah satu kesilapan dan sudah tentu dia akan ‘down’ [sedih].”

“Tetapi pasukan perlu bersatu dan kami telah melakukannya sepanjang minggu.”

“Malam ini, pada akhirnya, beberapa kesilapan telah menyebabkan kami melepaskan gol kepada lawan. Tetapi saya akan memberi tumpuan kepada hakikatnya bahawa mereka bermain dengan semangat yang luar biasa dan menunjukkan kepercayaan yang tidak kami tunjukkan dalam beberapa perlawanan terakhir.”

“Saya fikir orang ramai melihat itu dan bangkit untuk itu.”

Ketua pasukan 3 Singa, Harry Kane gembira melihat pasukannya kembali bermain seperti yang selayaknya, sambil menambah: “Ia jauh lebih baik. Saya fikir kami bermain dengan sangat baik hari ini, kami agak malang ketinggalan 2-0 di belakang, ia adalah satu kesilapan dan kemudian gol hebat dari tepi kotak.”

“Kami melakukannya dengan sangat baik untuk kekal dalam permainan, untuk kembali ke dalamnya, mendahului dan malangnya satu lagi kesilapan kami dihukum. Mentaliti dan perjuangan pasukan ditunjukkan di luar sana hari ini. ”

“Kami tidak mendapat kemenangan tetapi kami boleh berbangga dengan apa yang kami lakukan dan ia meletakkan kami di tempat yang baik menjelang Piala Dunia.”

“Memang bagus untuk menjaringkan gol. Nampaknya sentiasa ada beberapa penalti tekanan di sini di Wembley tetapi ia menyeronokkan untuk melihat yang satu masuk dan agak memalukan kami tidak dapat menang tetapi kami terus mengorak langkah.”

“Saya berbangga dengan pemain pemain kami dan kini kami mempunyai masa yang sibuk enam minggu atau lebih sebelum kami bersedia untuk Piala Dunia.”

Baca yang lain