Gareth Southgate sudah membayangkan bahawa dia tidak akan melakukan penggiliran dalam aksi menentang Scotland pada aksi persahabatan.
Ramai peminat mendesak Southgate untuk melakukan perubahan dalam skuad yang diturunkannya, memandangkan ini perlawanan persahabatan, inilah peluang untuk dia bereksperimentasi.
England dianggap tidak berada di tahap terbaik dalam aksi antarabangsa kali ini. Di mana mereka bergelut untuk mencipta keputusan seri 1-1 menentang Ukraine.
Southgate enggan mendengar cadangan seperti itu, dan menganggap aksi menentang Scotland sentiasa aksi yang penting dan serius.
Lagipun dia menjangkakan Scotland akan all out dalam perlawanan ini.
Kedua duanya merupakan seteru di peringkat antarabangsa. Gareth Southgate menganggap Scotland sebagai pasukan berkualiti tinggi kerana menjadi pasukan pertama mara ke Euro 2024.
Southgate menjelaskan: “Kira harus mencari keseimbangan dan kecergasan secara fizikal, mencungkil beberapa pemain [baharu], memenagi perlawanan, bermain baik, itu adalah perkara yang orang sentiasa mahukan daripada kita.”
“Namun perkara paling utama, kita tak boleh bermain main dalam isu pemilihan skuad, kerana kita bermain menentang pasukan berkelas dunia yang akan bermain bersungguh sungguh untuk memberikan kita cabaran sangat getir.”
“Kamu tak boleh bereksperimen dalam perlawanan ini, kerana itu tindakan yang mengarut.”
Dalam 149 aksi terdahulu, England menang 48 kali dan Scotland menang 41 kali. Selebihnya adalah seri.
England's Southgate rules out experimenting against Scotland https://t.co/kQZscpkYnd pic.twitter.com/Qn5zu3gOCh
— CNA (@ChannelNewsAsia) September 11, 2023