Pengurus England, Gareth Southgate menyatakan bahawa, beliau yakin Tiga Singa akan mara sekurang kurangnya ke separuh akhir.
Dan jika gagal ke separuh akhir, maka kempen mereka dikira gagal pada kali ini berdasarkan kualiti pasukan yang mereka ada.
England sebelum ini mara ke separuh akhir Piala Dunioa 2018. Dan impian mereka adalah untuk menembusi peringkat akhir Euro 2020 untuk membolehkan mereka beraksi di Wembley pada final.
Our #EURO2020 squad numbers have been confirmed! 🔢
— England (@England) June 1, 2021
“Saya rasa kami realistik tentang sasaran tersebut. Kami harus memenuhi harapan semua.”
“Adakah kami sedia untuk menang? Kita sudah beraksi dalam dua separub akhir dan langkah seterusnya untuk mara lebih jauh lagi [ke final].”
Southgate sudah mengumumkan senarai 26 pemainnya untuk kejohanan yang akan bermula 11 Jun ini.
Euro 2020: Tournament a failure if England don't reach semis – Southgate https://t.co/ExsejSvtbj
— BBC News (UK) (@BBCNews) June 2, 2021
Dan beliau yakin dengan pengalaman mereka dalam mara sehingga ke separuh akhir Piala Dunia dan Piala Bangsa Eropah akan menjadi tonik buat pasukannya.
Kami tahu keterujaan dalam pasukan ini sangat luar biasa. Dan ianya sangat bagus dan relevan.”
England akan membuka kempen mereka berdepan finalis Piala Dunia 2018, Croatia, diikuti aksi berdepan seteru perit, Scotland dan menutup peringkat kumpulan dengan aksi berdepan Republik Czech.
Terdapat kerisaua tentang kecergasan pemain utama mereka, Harry Maguire yang mungkin akan terlepas kesemua aksi peringkat kumpulan kerana masih dalam proses pemulihan.