Spalletti Bidas Komen Guardiola: “Itu Bukan Pujian Tetapi Cuba Menjatuhkan”

Luciano Spalletti ternyata bengang dan tidak gembira dengan pujian Guardiola. Di mana dia percaya pujian melambung oleh Pep Guardiola terhadap Napoli adalah muslihat untuk “menjatuhkan” mereka.

Spalletti berharap anak anak buahnya tak makan pujian Guardiola itu. Yang ternyata berniat jahat berbanding dengan pujian ikhlas.

Sebelum aksi timbal balik 16 akhir lalu, Guardiola ditanya tentang pasukan mana yang terbaik di Eropah pada ketika ini.

Dan pengendali Man City itu berkata: “Napoli mungkin pasukan terbaik di Eropah musim ini. Dari segi gaya permainan…. mirip dengan Arsenal.”

Selepas komen tersebut, Napoli mara ke suku akhir UCL selepas menewaskan Eintracht Frankfurt dengan agregat 5-0.

Spalletti adalah pengurus pertama yang membawa pasukan Itali itu ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Napoli kekal di puncak carta Serie A dengan kelebihan 18 mata di atas Inter di tempat kedua.

Pengurus Manchester City, Guardiola telah mengikuti dengan teliti perkembangan Napoli dan memuji mereka sebagai “pasukan terbaik di Eropah”.

Bagaimanapun, Spalletti telah menolak komen Guardiola sebagai permainan minda awal yang direka untuk menggagalkan Napoli jika mereka bertemu City di peringkat seterusnya pertandingan UCL kelak.

Ditanya mengenai kenyataan Guardiola, Spalletti memberitahu Amazon Prime Italia: “Saya tidak berasa bangga, saya tidak berasa apa-apa.”

“Saya tahu permainan ini yang semua orang lakukan untuk meletakkan tekanan kepada yang lain.”

“Adakah kami meletakkan Napoli di atas Manchester City? Jika mereka boleh membelanjakan €900 juta berbanding €9 juta kami, pasti ada sebabnya. Ia adalah permainan untuk ‘menjulang’ kami supaya mereka boleh menjatuhkan kami.”

Napoli akan berdepan sebuah lagi pasukan dari Itali iaitu AC Milan di suku akhir.

Manakala Manchester City akan berdepan dengan Bayern Munich. Dalam usaha Guardiola mahu menamatkan kemarau kejuaraan UCL di kelab itu.

Spalletti pastinya sudah sedia bergelar jurulatih legenda Napoli pada akhir musim ini dengan Serie A seolah olah sudah sebelah tangan sudah milik mereka.

Ianya akan mengulangi pencapain legenda era Maradona dahulu. Yang pastinya akan dikenang selamanya.

Baca yang lain